MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

EKSTRA!

VROOM
Jamuan mata

Kereta klasik Ferrari dipamer dalam konvensyen

KONVENSYEN tahunan Ferrari ke-21 berlangsung baru-baru ini di Palm Beach County di Florida, Amerika Syarikat.

Di samping memaparkan kereta Italy di Kelab Mar-a-Lago itu, konvensyen itu juga memaparkan kereta Aston Martin di sebuah ruang khas.

'Kami mempunyai lebih banyak kereta jenis vintaj Maserati dan Ferrari.

'Kesemua kereta itu dibina antara 1956 dengan 1980 dan dipandu para pemiliknya,' kata Encik John W. Barnes Jr, penaja persidangan itu.

Laman Palm Beach Daily News menyatakan bahawa antara yang dipamerkan ialah enam kereta Ferrari 250 GTO, yang menyambut ulang tahun ke-50. Kereta itu hanya dihasilkan antara 1962 dengan 1964 dan dianggap edisi terhad.

Menurut Encik Barnes, setiap satu mungkin bernilai AS$20 juta ($25.4 juta) hingga AS$25 juta.

'Ada yang dipamerkan dan ada juga yang akan berlumba,' ujarnya.

Menurut laporan itu lagi, kereta-kereta tersebut dibawa masuk dari sejauh Seattle dan selatan California.

Ada juga yang dibawa masuk dari luar negara.

Konvensyen Cavallino Classic itu berlangsung pada 17-22 Januari lalu dan merupakan acara terbesar di negara itu bagi para pemilik kereta jenis Ferrari dan Maserati.

Daripada 350 kereta yang dibawa ke acara itu, sekitar 70 peratus dibawa masuk dari luar negara.

Sehingga 150 kereta vintaj disertakan dalam kategori pameran, kebanyakannya berbeza daripada kategori perlumbaan.

'Kereta-kereta yang dipamerkan adalah milik pengumpul kereta.

'Para pemilik kereta Ferrari biasanya membeli dan menyimpan kereta mereka itu dan tidak mudah menjualnya,' jelas beliau.

Di samping itu terdapat kereta-kereta model baru, termasuk model terbaru 458 Spider convertible, dipamerkan.

Encik Barnes berkata bahawa saban tahun beliau dapat melihat populariti Ferrari semakin meningkat di kalangan para penduduk di Palm Beach County.

Trend tersebut juga adalah ekoran penubuhan pejabat jualan Ferrari di sana.

Acara yang berlangsung sempena konvensyen Cavallino Classic itu juga bertujuan membantu Yayasan Children's Wish, Kelab Lelaki dan Perempuan, Best Buddies, dan Majlis Yayasan Biasiswa Orang Buta Amerika serta Sekolah Seni Dreyfoos.



 
   
 

EKSTRA!

 
 
Belum terlewat
 
 
Apabila dalaman sihat, kasih sayang mudah ditebar
 
 
Wanita Yang Ditakuti
 
 
Lindung mata daripada cahaya mentari
 
 
Usah jaga tepi kain oranglah
 
 
Lelaki kepo? 'Berus' saja
 
 
Legakan kulit gatal
 
 
Slam Kembali Merindu
 
 
Cranberries kembali ke sini
 
 
Persembahan kumpulan 'gila-gila' di Esplanade
 
 
Konsert Imran Ajmain ditunda