MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Okt 2010

EKSTRA!

BUKU BARU
Kisah dua novel cinta

Cerita punya pengajaran bagi pengisian rohani

Oleh
Dewani Abbas

SEKIRANYA tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Russia, dan mata anda pula tidak boleh berpaling daripadanya biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. Katakan, lupakan sahaja kerana ia hanya logamaya.

B. Rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu.

C. Kenal pasti siapa dia dan suruh ayah ibu meminang dia.

D. Segera periksa jantung, mata dan tekanan darah anda, dan (kemudian) ke doktor pakar.

Inilah antara kata-kata bak sinopsis di kulit belakang novel Jaja & Din, ditulis oleh Noor Suraya.

Ia kata-kata pancingan yang kelihatan menarik, terutama bagi remaja yang memang sedang berada dalam situasi mencari-cari teman lelaki atau temanita.

Ingin tahu apakah pilihan Jaja?

Beliau telah memilih C - kenal pasti siapa dia (jejaka yang menambat hatinya itu) dan suruh ayah ibunya meminang jejaka itu.

Kisah cinta Jaja yang meminang ustaz sastera Arab lulusan Universiti Al-Azhar ini sebagai suami memang boleh dikatakan unik. Mana ada wanita zaman ini yang berani meminang lelaki?

Namun, begitulah tegarnya Jaja, seorang perancang media, yang memilih hidup ala zuhud (banyak mengingati mati).

Dikhabarkan bahawa novel ini adalah antara yang paling laris di pesta buku KLbookfest yang diadakan tidak lama dulu.

Ia bukan saja sekadar sebuah cerita fiksi atau cerita dongeng, malah sebuah novel yang sarat dengan pesanan-pesanan 'penaja' (si penulis) tentang hal ehwal agama juga. Jadi, sambil membaca, anda juga memperoleh sedikit pengajaran untuk pengisian rohani.

Novel ini mencuit hati, sekali gus mengajar pembaca tentang cinta, agama dan pengorbanan.

Perhatikan prolog pertamanya:

Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam, Jaja?

Novel ini adalah antara beberapa buku fiksi yang boleh didapati daripada Nona Buku secara dalam talian melalui Facebook - <http://www.facebook.com/nonabuku sg>

Sebuah lagi buku yang dipromosikan di laman ini ialah Antara Safa dan Marwah tulisan Ismad Astar.

Cinta sejati akan kekal biar dihakis dek berjuta detik masa.

Demikian pula antara ungkapan menusuk jiwa yang terterap dalam novel ini yang mengisahkan seorang ibu yang tega meninggalkan anaknya yang baru berusia enam bulan, dan teguhnya hati sang anak pula mencari ibunya yang menghilang itu.

'Kenapakah ya, sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi (ibu)? Mungkin sebab dia berada jauh di Jeddah. Atau Masjidil Haram tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa?

'Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh pancaindera keenamnya?

'Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar 50 tahun? Ah, dia rindu sangat pada umi.'

Demikianlah gejolak hati si anak yang merindui ibunya.

Namun, walau apa pun kisah yang dibentangkan, mesej utama novel ini ialah ajakan penulis agar pembaca 'berhijrah' untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Kedua-dua buku diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing.



 
   
 

EKSTRA!

 
 
Belum terlewat
 
 
Apabila dalaman sihat, kasih sayang mudah ditebar
 
 
Wanita Yang Ditakuti
 
 
Lindung mata daripada cahaya mentari
 
 
Usah jaga tepi kain oranglah
 
 
Lelaki kepo? 'Berus' saja
 
 
Legakan kulit gatal
 
 
Slam Kembali Merindu
 
 
Cranberries kembali ke sini
 
 
Persembahan kumpulan 'gila-gila' di Esplanade
 
 
Konsert Imran Ajmain ditunda