cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.


Luar Negara

GEREJA
Sokong kebebasan beragama

KUALA LUMPUR: Gereja-gereja di Malaysia secara berhati-hati menggesa masyarakat Kristian mengundi calon yang menyokong kebebasan beragama.

Gesaan itu menunjukkan kebimbangan yang semakin bertambah di kalangan pemeluk agama minoriti Malaysia, yang merasakan hak mereka semakin terhakis oleh meningkatnya semangat keislaman yang, menurut pandangan ramai, berpunca daripada sikap beragama keterlaluan di kalangan para birokrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Gereja-gereja telah mengeluarkan risalah-risalah menggesa pemeluk Kristian mengkaji platform dan rekod parti-parti politik berhubung 'kebebasan beragama, hati nurani dan bersuara' sebelum mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

'Kami mahu setiap ahli politik memikul tanggungjawabnya,' kata setiausaha eksekutif Persekutuan Gereja Malaysia, Encik Hermen Shastri.

'Ramai yang mungkin enggan mengundi wakil yang enggan bersuara' bagi hak-hak beragama, katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menekankan pihak gereja tidak berpihak kepada mana-mana parti\. \-- AP.




Copyright © 2010 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.
Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne