MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

LUAR NEGARA

'Suami suri rumah' naik dua kali ganda di Britain

LONDON: Jumlah suami yang menjadi 'suri rumah' di Britain meningkat lebih dua kali ganda sejak 15 tahun lalu.

Menurut satu kajian yang dijalankan agensi kerajaan, pada tahun lalu seramai 62,000 lelaki dianggap 'tidak aktif secara ekonomi' ketika pasangan masing-masing keluar bekerja.

Pada 1996, jumlah lelaki seumpama itu hanya seramai 21,000 orang.

Ia juga menunjukkan kira-kira 1.4 juta lelaki di seluruh Britain memegang peranan utama sebagai penjaga anak-anak.

Kaji selidik Pejabat Statistik Kebangsaan yang dikumpul bagi majalah The Spectator itu tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan berkurangan.

Ramai percaya satu daripada punca keadaan itu berlaku disebabkan perubahan sikap masyarakat terhadap peranan lelaki dan wanita.

Ketika ini, sebahagian besar golongan bapa gembira melepaskan peranan tradisi mereka sebagai pencari nafkah utama, sebaliknya mengambil tanggungjawab menjaga rumah tangga.

Ketua dasar kekeluargaan kumpulan pemikir Civitas, Cik Anastasia de Waal, berkata beberapa dekad lalu pandangan bahawa lelaki menjadi pencari rezeki utama begitu kukuh.

'Ia kini berubah apabila lelaki lebih selesa menjaga rumah tangga,' katanya.

Di kalangan bapa yang tidak bekerja itu, 43 peratus berkata mereka berasa bertuah kerana berpeluang tinggal di rumah dan membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, 46 peratus pula berkata keputusan menjadi penjaga anak-anak dibuat bagi membolehkan penyumbang utama ekonomi keluarga terus bekerja. -- Agensi.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Anwar tidak akan saman akhbar
 
 
Jualan buku ilustrasi hubungan seks dihentikan serta-merta
 
 
Sindiket curi kenderaan ditumpas
 
 
Lelaki Nepal mungkin terpendek di dunia
 
 
AS minta maaf kepada Afghanistan
 
 
Rudd letak jawatan sebagai menteri luar Australia
 
 
Polis serbu penjara di Bali
 
 
Banduan merusuh di penjara Bali
 
 
Rundingan nuklear IAEA dengan Iran tidak berhasil
 
 
Penyiasat: Kebakaran jel Honduras bermula secara tidak sengaja
 
 
Sekilas Dunia