MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

LUAR NEGARA

Tindakan musnahkan kediaman rakyat Palestin naik 80%

NEW YORK: Hampir 1,100 rakyat Palestin, dengan lebih separuh daripada mereka kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal ekoran tindakan Israel merobohkan kediaman mereka di Tebing Barat pada 2011.

Menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diedarkan kelmarin, jumlah itu satu peningkatan sebanyak 80 peratus berbanding 2010.

Laporan itu telah disiapkan oleh Pejabat Penyelaras Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Ocha).

Menurut laporan itu, lagi 4,200 orang terjejas ekoran tindakan pasukan Israel memusnahkan 622 struktur yang dimiliki rakyat Palestin.

Struktur itu termasuk rumah, kandang binatang, bilik darjah dan masjid.

Ini satu peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding dengan 2010.

Laporan itu berkata 90 peratus daripada struktur yang dirobohkan terletak di wilayah yang dikenal pasti sebagai 'Kawasan C' yang membentuk 60 peratus daripada kawasan Tebing Barat - iaitu Israel masih mengawal keselamatan dan pembinaan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lagi 93,100 penduduk yang menetap di kediaman yang dibina tanpa permit menghadapi risiko kehilangan tempat tinggal.

'Langkah memaksa keluarga Palestin berpindah dan tindakan merobohkan rumah dan harta benda mereka oleh pasukan Israel di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmakdis, meninggalkan kesan kemanusiaan yang serius,' kata laporan itu.

Menurut laporan itu, Israel mempunyai tanggungjawab melindungi rakyat Palestin.

Semasa mengadakan lawatan ke wilayah Palestin pada Mei lalu, ketua Ocha, Cik Valerie Amos, menggesa Israel menghentikan dasarnya menghalau keluar rakyat Palestin dan meninjau semula kesan kemanusiaan ekoran tindakan mereka merobohkan kediaman golongan itu di Tebing Barat. -- Agensi.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Anwar tidak akan saman akhbar
 
 
Jualan buku ilustrasi hubungan seks dihentikan serta-merta
 
 
Sindiket curi kenderaan ditumpas
 
 
Lelaki Nepal mungkin terpendek di dunia
 
 
AS minta maaf kepada Afghanistan
 
 
Rudd letak jawatan sebagai menteri luar Australia
 
 
Polis serbu penjara di Bali
 
 
Banduan merusuh di penjara Bali
 
 
Rundingan nuklear IAEA dengan Iran tidak berhasil
 
 
Penyiasat: Kebakaran jel Honduras bermula secara tidak sengaja
 
 
Sekilas Dunia