MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
ENCIK IMRAN KHAN: Terkejut dengan sambutan hebat di Lahore dan Karachi. - Foto BLOOMBERG
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

LUAR NEGARA

Imran Khan ramal menang pilihan raya, jadi PM

DAVOS (Switzerland): Pemain kriket terkemuka dan anggota pembangkang Pakistan, Imran Khan, kelmarin meramalkan partinya akan memenangi pilihan raya umum mendatang dan beliau menjadi Perdana Menteri negara itu.

Encik Khan, 59 tahun, merupakan pengasas Parti Tehrik-i-Insaf (PTI) atau Gerakan Keadilan dan telah menceburi politik sejak 15 tahun lalu.

Menurut Encik Khan, beliau terkejut apabila sekitar 250,000 orang menyambut kehadirannya di bandar timur Lahore pada Oktober lalu.

Beliau turut mendapat sambutan yang serupa di Karachi, dengan para penduduk tertarik dengan janjinya menentang rasuah, mempromosikan demokrasi, memperkenalkan sistem kebajikan dan mengubah dasar hubungan dengan Amerika Syarikat.

Encik Khan, yang sebelum ini telah membina hospital barah dan sebuah universiti di daerah terpencil Pakistan, berkata populariti politiknya kini meningkat dengan bantuan media sosial dan saluran televisyen bebas.

Menurutnya, beliau telah turut mendapat sokongan ahli politik terkemuka di Pakistan.

'Sebanyak 80 peratus daripada ahli politik telah menyertai saya...kerana anak-anak mereka telah memberontak.

'Pada dasarnya, rakyat mahukan hak demokrasi yang sama seperti di negara-negara Barat. Mereka mahukan demokrasi yang sama, kebebasan yang sama,' kata Khan.

Pakistan dijadualkan mengadakan pilihan raya umum tahun depan.

Bagaimanapun, Encik Khan dan beberapa pemimpin pembangkang lain telah mendesak agar pemerintah mengadakan pilihan raya lebih awal.

Di sebalik peningkatan populariti Encik Khan, para pengamat bagaimanapun tidak pasti sama ada beliau mampu merombak sekitaran politik negara itu.

Kedua-dua Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Presiden Asif Ali Zardari dan parti terbesar Pakistan, Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) pimpinan mantan Perdana Menteri, Encik Nawaz Sharif, dikatakan masih mempunyai pengaruh yang besar dan sukar ditandingi.

Encik Khan bagaimanapun berkata beliau tidak takut dengan parti berkenaan yang disifatkannya sebagai 'mafia politik'.

'Saya tidak fikir kami akan sekadar memenangi pilihan raya - saya rasa kami akan sapu bersih pilihan raya ini.

'Saya berharap mendapatkan dua pertiga (kerusi Parlimen) dan saya rasa kami dapat mencapainya,' kata Encik Khan. -- AP.

 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Anwar tidak akan saman akhbar
 
 
Jualan buku ilustrasi hubungan seks dihentikan serta-merta
 
 
Sindiket curi kenderaan ditumpas
 
 
Lelaki Nepal mungkin terpendek di dunia
 
 
AS minta maaf kepada Afghanistan
 
 
Rudd letak jawatan sebagai menteri luar Australia
 
 
Polis serbu penjara di Bali
 
 
Banduan merusuh di penjara Bali
 
 
Rundingan nuklear IAEA dengan Iran tidak berhasil
 
 
Penyiasat: Kebakaran jel Honduras bermula secara tidak sengaja
 
 
Sekilas Dunia