MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

LUAR NEGARA

Lelaki mengaku salah cuba mengebom stesen merekrut askar

WASHINGTON: Seorang warga Amerika Syarikat beragama Islam yang cuba meletupkan stesen merekrut askar, kelmarin mengaku salah dan berdepan dengan hukuman penjara 25 tahun.

Antonio Martinez, 22 tahun, yang menukar namanya kepada Muhammad Hussain apabila memeluk Islam, mengaku salah atas tuduhan cuba menggunakan senjata pemusnah raya ke atas harta benda federal.

Menurut dokumen Jabatan Keadilan, dia didakwa cuba mengebom stesen merekrut askar di Baltimore, Maryland.

'Kami telah menangkap suspek berbahaya sebelum mereka menyerang dan kami akan menyiasat mereka dengan kaedah yang dapat memaksimumkan keselamatan dan kebebasan rakyat lain,' kata pendakwa raya daerah Maryland, Encik Rod Rosenstein.

Ejen Biro Siasatan Federal (FBI) telah menahan Martinez pada Disember 2010, sedang dia cuba meletupkan apa yang dia percayai 'bom kereta' di sebuah prasarana merekrut askar.

Martinez sebenarnya telah dibekalkan dengan bom palsu oleh ejen FBI.

Pondok merekrut askar itu telah dibuka di dalam sebuah pusat beli-belah di Catonsville, Maryland.

Dalam laman Facebooknya, Martinez telah menggesa agar serangan dilancarkan bagi menghentikan penindasan ke atas penganut Islam.

Jika hakim menerima pengakuan salahnya, Martinez akan dikenakan hukuman penjara 25 tahun.

Perbicaraan akan disambung semula pada 6 April ini. -- AFP.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Anwar tidak akan saman akhbar
 
 
Jualan buku ilustrasi hubungan seks dihentikan serta-merta
 
 
Sindiket curi kenderaan ditumpas
 
 
Lelaki Nepal mungkin terpendek di dunia
 
 
AS minta maaf kepada Afghanistan
 
 
Rudd letak jawatan sebagai menteri luar Australia
 
 
Polis serbu penjara di Bali
 
 
Banduan merusuh di penjara Bali
 
 
Rundingan nuklear IAEA dengan Iran tidak berhasil
 
 
Penyiasat: Kebakaran jel Honduras bermula secara tidak sengaja
 
 
Sekilas Dunia