MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

LUAR NEGARA

Harimau bintang sesat serang lelaki dan wanita hamil di India

GUWAHATI (India): Seekor harimau bintang telah menyerang dua orang, termasuk seorang wanita hamil, semalam, setelah ia tersesat ke bandar terbesar wilayah timur laut Assam itu.

Ia merupakan serangan ketiga dalam masa tiga minggu.

Harimau bintang itu telah menyebabkan panik di kawasan perumahan yang ramai penduduk di Guwahati.

Ia menyerang seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita yang berada dalam trimester kedua kandungannya.

Suami wanita itu, Encik Abid Ali, seorang buruh, berkata akibat serangan itu, isterinya kehilangan banyak darah dan tidak sedarkan diri.

'Bahagian belakang kepalanya teruk digigit,' katanya.

Seorang lagi mangsa, yang ditemui di hospital, Encik Moziz Haq, berkata beliau juga cedera di kepala.

'Rasanya bagaikan dihentam dan ditampar. Saya tumbang ke tanah dengan darah memercik ke seluruh badan saya,' katanya.

Harimau bintang itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh pegawai perhutanan sebelum dibawa ke zoo bandar itu.

Serangan terbaru itu merupakan serangan harimau bintang yang ketiga di bandar Guwahati bulan ini.

Pada 7 Januari lalu, tiga orang cedera dan seorang terbunuh akibat serangan harimau bintang, yang dirakamkan menerusi kamera.

Minggu lalu pula, tiga orang cedera akibat serangan serupa.

Setiap tahun, beribu orang diserang binatang liar di India. Serangan harimau, harimau bintang, gajah dan ular merupakan antara serangan yang paling berbahaya. -- AFP.


 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Anwar tidak akan saman akhbar
 
 
Jualan buku ilustrasi hubungan seks dihentikan serta-merta
 
 
Sindiket curi kenderaan ditumpas
 
 
Lelaki Nepal mungkin terpendek di dunia
 
 
AS minta maaf kepada Afghanistan
 
 
Rudd letak jawatan sebagai menteri luar Australia
 
 
Polis serbu penjara di Bali
 
 
Banduan merusuh di penjara Bali
 
 
Rundingan nuklear IAEA dengan Iran tidak berhasil
 
 
Penyiasat: Kebakaran jel Honduras bermula secara tidak sengaja
 
 
Sekilas Dunia