MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

7 Mei 2010

LUAR NEGARA

Wanita cantik boleh buat lelaki lebih stres

LONDON: Berjumpa dengan wanita cantik tidak baik untuk kesihatan seorang lelaki.

Menurut satu penyelidikan saintis Universiti Valencia di Sepanyol, dengan meluangkan masa hanya lima minit bersama seorang wanita jelita, paras kortisol, iaitu hormon stres tubuh, seseorang lelaki boleh meningkat.

Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.

Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita, turut berada dalam bilik itu. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik itu dan responden dalam penyelidikan tersebut tinggal hanya bersama lelaki asing tersebut, tahap tekanan mereka tidak meningkat.

Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan: 'Dalam penyelidikan ini, kami menganggap bagi kebanyakan lelaki kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang berkenalan.

'Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

'Penyelidikan ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.

'Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan, seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk.' - Agensi.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Tak akan beli senjata dari Korea U
 
 
Indonesia timbang pertukaran banduan dengan negara lain
 
 
Pemimpin kanan Melayu DAP undur dari parti
 
 
Banduan Palestin di penjara Israel setuju akhiri mogok lapar
 
 
Kenderaan teknologi robotik baru Honda
 
 
Lady Gaga mungkin batal konsert di Indonesia
 
 
Pertempuran di Syria 'tempias' ke Lebanon
 
 
Sekilas Dunia
 
 
7 atau 8 Julai diramal tarikh pilihan raya
 
 
16 penternak rugi $123,000 dek ikan mati, disyaki diracun