MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

25 Jan 2012

FORUM

Serahkan kepada pihak berkuasa tangani hal

SAYA setuju dengan pandangan Encik Nordin Amat (BH 18 Januari) tentang implikasi demonstrasi. Dalam perhubungan rakyat dengan pemimpin, sistem Islam telah mengaturkan cara kehidupan harian berpandukan Al-Quran dan sunah – kehidupan tenang dan penuh rahmat.

Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan pernah ditanya apakah demonstrasi diperkenan agama. Beliau menegaskan pemberontakan tidak termasuk perbuatan kaum Muslimin sebab boleh menimbulkan fitnah besar, pertumpahan darah dan menghancurkan harta benda.

Seorang Muslim tidak boleh melakukannya. Apabila umat dalam keadaan ditekan pihak penguasa sekalipun, hendaknya bersabar. Kemudaratan tidak boleh disingkir dengan hal yang menimbulkan mudarat lebih besar.

Serahkanlah keadaan kepada yang bertanggungjawab menanganinya dan beri nasihat kepada mereka. Jika keadaan tetap belum berubah, wajib bersabar sebagai bentuk pencegahan (Al-Ajwibah Al-Mufidah, halaman 232/235).

Imam Nawawi berkata: "Memberontak dan memerangi pemerintah hukumnya haram berdasarkan kesempatan kaum Muslimin, meskipun pemerintah tersebut fasik dan zalim." (Syarh Shohih Muslim).

Beberapa hadis sahih menjelaskan hal ini. Sikap yang diajar syariat Islam ialah mentaati pemimpin selagi tidak disuruh buat maksiat, sebagaimana firman Allah swt: "Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri (pemimpin di antara kamu)." (An Nisaa: 59).

Mesir selalu bergolak. Pada Revolusi 1919, ia merdeka daripada British. Pada 1952, sistem raja dihapus dan ia menjadi republik. Sayangnya, gaya kepimpinan dari era Raja Farouk, Gamal Nasser, Anwar Sadat dan Mubarak hingga kini tetap sama.

Setelah ratusan nyawa terkorban, ekonomi meleset, maruah tergadai lantaran ketidakpuasan rakyat. Apakah sebuah negara Islam akan tertegak di atas keruntuhan jahiliyah yang berlalu.

Hari ini mereka sepakat mengguling ‘rejim korup’, esok mungkin tidak dalam memilih pemimpin kerana banyak kelompok dan hawa nafsu beragam.

Pilihan raya presiden Mesir akan diadakan tahun ini, namun kekecohan telah memutik. Sebilangan pihak meramalkan keadaan boleh menjadi parah jika warga Mesir tidak bersatu menolak fitnah serta hasutan luaran dan dalaman yang sedang melanda negara itu.

Rohana Hussain

 
   
 

FORUM

 
 
Santuni Muslim miskin dan jahil
 
 
Hargai kepekaan Banquet turunkan papan tanda 'halal'
 
 
Belum dapat sertai CCA setelah tiga tahun menunggu
 
 
Kes pintu utama peti surat 'terbuka'
 
 
Pemergian ilmuwan dan sasterawan juga kehilangan besar
 
 
Hati-hati berinteraksi dengan bukan mahram di tempat kerja
 
 
SGH perjelas lewat beri laporan perubatan
 
 
Gesaan 'tafsir semula Quran' boleh mengelirukan
 
 
Sebab perlu ada 'Melayu' pada nama pusat sivik Geylang Serai