MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Feb 2010

FORUM

Rezeki anak ada asalkan bijak rancang kewangan

SAYA ingin mengulas berkaitan isu ramai anak. Pada pendapat saya, jika kita dikurniakan anak yang ramai, alhamdulillah, dan rezeki anak tetap ada asalkan kita tidak malas berusaha.

Sebenarnya yang menjadi beban adalah angkara perbuatan kita sendiri: memilih cara hidup, biar papa asal bergaya hingga menyebabkan wang gaji tidak dapat bertahan selama sebulan dan tiada simpanan.

Mereka tidak dapat merancang kewangan dan simpanan mereka, cuma tahu merancang di mana tempat atau individu untuk mudah berhutang.

Orang-orang tua kita ada yang ramai anak namun ramai anak mereka yang menjadi insan berguna. Malah ada ibu bapa mereka yang dapat menunaikan haji lebih sekali.

Mengapa? Ini kerana orang-orang lama mengamalkan prinsip biar papa asal jangan meminta-minta (selain kepada Allah swt).

Mereka juga rajin bekerja dan berdoa agar anak mereka berjaya dan tidak menjadi hamba harta atau lupa dunia.

Jika kita hidup ikut kemampuan kita sendiri, jangan malu apa orang kata. Kita reda dan terus berusaha mempertingkat diri dan keluarga, insya-Allah hidup kita aman bahagia walaupun tidak kaya, tetapi anak kita menjadi manusia berguna.

Umar Abbas

 
   
 

FORUM

 
 
Langkah galak guna MRT di luar waktu sibuk
 
 
Mohon semak syarat dermasiswa Edusave
 
 
Musykil peranan dan arah Majlis Pusat
 
 
Mendaki perjelas kes biaya pengajian Nabillah
 
 
Beri peluang warga emas bekerja
 
 
Hias rumah boleh jadi idea bisnes
 
 
Bersama pelihara kewibawaan sistem pensijilan halal
 
 
Jayakan pusat sivik Wisma Geylang Serai
 
 
Mutu khidmat teksi perlu sejajar tambang
 
 
Apakah tindakan susulan yang tepat?