MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
DAYA TARIKAN: Pusat hiburan seperti resort bersepadu di Sentosa ini merupakan antara daya tarikan utama bagi para pelancong yang melawat Singapura pada tahun lalu. -- Foto THE STRAITS TIMES
Mudah cetak
E-mel

8 Feb 2012

EKONIAGA

Jumlah kedatangan dan perbelanjaan pelancong ke S'pura catat rekod baru

Seramai 13.2 juta datang ke sini dan belanja $22.2 bilion

Oleh
Rosebi Mohd Sah

SEKTOR pelancongan Singapura berjaya menarik 13.2 juta pelancong tahun lalu, naik 13 peratus dan melebihi ramalan awal antara 12 juta hingga 13 juta.

Para pelancong itu membelanjakan $22.2 bilion tahun lalu - naik 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dan sejajar dengan ramalan awal antara $22 bilion dengan $24 bilion.

Ia merupakan rekod baru bagi Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Mendedahkan demikian, Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Aw Kah Peng, berkata sekitaran ekonomi tahun lalu adalah baik secara keseluruhan kecuali suku terakhir dengan sentimen yang mula berubah.

'Prestasi pelancongan bagi tempoh dua tahun lalu adalah amat baik.

'Namun, saya tidak yakin kami masih boleh menikmati pertumbuhan kukuh seperti itu tahun ini. Kami jangkakan pertumbuhan yang lebih sederhana dalam sektor pelancongan bagi tahun ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu,' ujarnya, dalam satu sidang akhbar semalam.

STB, katanya, akan mengumumkan ramalan pertumbuhan untuk sektor pelancongan Singapura bagi 2012 pada Mac ini.

Daripada jumlah pendapatan $22.2 bilion yang diraih sektor pelancongan pada tahun lalu, kegiatan melawat ke tempat-tempat menarik dan hiburan mencapai rekod pertumbuhan tertinggi - meningkat 37 peratus kepada $5.4 bilion berbanding pada tahun sebelumnya.

Ini diikuti oleh kegiatan membeli- belah dan berbelanja yang menghasilkan pendapatan $4.5 bilion, naik 13 peratus.

Pendapatan daripada penginapan para pelawat dan pelancong pula mencapai $4.3 bilion, naik 19 peratus.

STB juga mendedahkan bahawa sebahagian besar pelancong yang datang ke Singapura tahun lalu adalah dari rantau Asia.

Seramai 2.6 juta adalah pelancong Indonesia, yang bilangannya mendahului pelancong dari negara-negara lain.

Pelancong China adalah kedua terbesar ke sini iaitu seramai 1.6 juta diikuti dengan 1.14 juta pelancong dari Malaysia. Pelancong lain termasuk dari Australia, India, Filipina dan Jepun.

Cik Aw berkata kedudukan yang dekat antara Singapura dengan Indonesia - sekitar sejam lebih sahaja - serta pengangkutan udara yang mudah dan kerap dari Indonesia ke Singapura merupakan satu faktor mengapa ramai pelawat Indonesia ke Singapura.

'Satu lagi faktor ialah kerana sudah menjadi kebiasaan. Ramai pelancong Indonesia sering kali ke Singapura dan berasa selesa dengan sekitaran di Singapura.

'Ada yang datang ke sini disebabkan pertalian keluarga, ada menghantar anak-anak ke sekolah di sini dan ada pula yang menjalankan pemeriksaan kesihatan di sini.

'Selain melancong, ia juga merupakan kegiatan bagi memenuhi keperluan mereka,' tambah Cik Aw.

Menurut STB, pendapatan bagi hotel pada tahun lalu mencapai $2.6 bilion - meningkat 27.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kadar purata bilik hotel di sini pada tahun lalu adalah $245 - meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.



 
   
 

EKONIAGA

 
 
Penjualan rumah privet naik 3.9%
 
 
Robinsons pindah ke The Heeren tahun depan
 
 
Kajian dapati 33% pengguna komputer Singapura miliki dan guna sofwe tiruan
 
 
Jualan runcit setempat tumbuh kukuh Mac lalu