MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

22 Feb 2012

DIAN

SUTRA NOVEMBER 2011
Agar bertahan di pejabat

Pejabat ibarat rumah kedua bagi ramai di antara kita. Apakah cara yang boleh anda usahakan agar anda mampu bertahan sepanjang ketika bekerja?

Rehatkan mata
Pada setiap 30 minit, cubalah memandang ke arah lain dan hindarkan daripada asyik memandang skrin komputer anda itu secara terus-terusan.Sebaik-sebaiknya, pandanglah ke luar tingkap. Dengan itu, anda dapat membantu merehatkan mata anda buat seketika setelah berjam-jam menghadap komputer.

Snek sihat
Elakkan daripada mengambil snek-snek yang tidak menyihatkan seperti coklat dan kerepek kentang setiap jam.Jika anda sering ingin mengunyah semasa bertugas, pilihlah snek berkhasiat seperti buah-buahan kering, tairu atau yogurt rendah lemak dan salad.

Senaman ringan
Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, anda boleh menaiki tangga ke pejabat daripada menggunakan jalan pintas dengan menaiki lif.Cubalah berjalan-jalan di sekitar kawasan pejabat anda terutama jika anda telah duduk agak lama. Anda juga boleh membuat senaman ringan atau regangan (stretching) ketika duduk.

Jauhi kopi
Minumlah jus-jus buah-buahan atau air putih dan elakkan daripada meminum kopi. Tidak dinafikan bahawa setelah meminum kopi, anda tidak akan berasa mengantuk dan akan berasa segar kerana ia mengandungi kafein.Tetapi tahukah anda bahawa kopi boleh menyebabkan kerosakan jantung jika anda meminumnya dalam jumlah yang berlebihan dania juga boleh menyebabkan jantung anda berdegup pantas.Jika anda penggemar kopi, minumlah secara sederhana.

Kerusi yang selesa
Kerusi pejabat adalah sangat penting bagi anda yang bekerja di meja pejabat sepanjang hari. Kerusi yang selesa dan baik akan menghindarkan diri daripada mengalami sakit tulang belakang.Atau, anda boleh membeli bantal ortopedik atau kusyen tempat dudukkerana ia boleh memberi sokongan pada tulang belakang.

Suhu penghawa dingin
Suasana kerja yang sihat tidak harus terlalu panas atau sejuk kerana keadaan yang terlalu sejuk akan membuatkan anda berasa mengantuk. Sementara persekitaran yang terlalu panas pula akan membuatkan anda hilang fokus ketika berkerja.

Cara wujudkan keceriaan di pejabat
• Memelihara pokok-pokok bunga di dalam pejabat bukan sahaja mencantikkan ruang pejabat bahkan ia juga membantu membersihkanudara dan meningkatkan kadar oksigen.

• Kajian menunjukkan pencahayaan semula jadi atau natural lighting boleh mengurangkan stres.Jika pejabat anda tidak mempunyai tingkap, anda boleh menggantikan mentol lampu neon dengan lampu spektrum. Ini kerana lampu spektrum mempunyai pencahayaan yang seakanakan sama dengan cahaya semula jadi.

• Muzik pula memainkan peranan bagi memberikan motivasi dan merehatkan minda pekerja. Tetapi anda perlu memilih muzikyang bersesuaian kerana memainkan muzik yang membingitkan akan hanya membuatkan orang di sekeliling hilang tumpuan kerja.

• Golongan pekerja pejabat dinasihatkan agar mengambil waktu rehat sekurang-kurangnya dua kali sehari.Pemandangan yang berbeza dan hirupan udara segar di luar pejabat dipercayai dapat meningkatkan kreativiti dan minda pekerja.

 
   
 

DIAN

 
 
Suami lambat terangsang
 
 
Petua... Hilangkan tanda hitam di ketiak
 
 
Cara bersihkan telinga