MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

5 Feb 2012

DIAN

SUTRA NOVEMBER 2011
Petua: Jika rambut sering gugur

Jika rambut sering gugur
Semakin hari, anda mula mendapati rambut anda kian menipis ekoran masalah keguguran rambut.Salah satu cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan mencampurkan santan dengan lendir lidah buaya. Sukatannya haruslah sama. Kacau kedua-duanya sehingga sebati.Letakkan campuran itu secara rata di kulit kepala dan biarkan selama setengah jam sebelum membilasnya dengan air. Lakukan tiga kali seminggu.

Agar daging lebih empuk!
Masukkan sesudu cuka di dalam daging. Gaul dan perapkan selama beberapa minit. Daging anda bakal siap untuk apa jua jenis masakan.Rasanya juga akan menjadi lebih empuk dan sedap. Ia juga menjimatkan masa kerana anda tidak perlu memasak daging itu terlalu lama.

Pulihkan gusi bengkak
Gusi bengkak adalah penyakit mulut yang amat sakit dan menjengkelkan. Jadi bagaimana cara untuk memulihkannya?Letakkan ¼ sudu garam di dalam air suam putih dan kacau sehingga sebati. Berkumurlah dengan air itu dan ulangi proses tersebut beberapa kali sehari.

Hilangkan bau kaki
Anda sudah lama mengalami masalah bau kaki dan sering rasa tidak selesa kerana kaki sentiasa berpeluh?Apa kata, anda cuba merendam kaki seminggu sekali dengan air hangat yang dibubuh garam. Rendamkan kaki selama 10 hingga 15 minit agar kuman penyebab bau kaki akan hilang.Ini kerana garam dikatakan mampu menyerap lebihan peluh dan mengurangkan bau kaki.

 
   
 

DIAN

 
 
Agar bertahan di pejabat
 
 
Suami lambat terangsang
 
 
Petua... Hilangkan tanda hitam di ketiak
 
 
Cara bersihkan telinga