MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

5 Jul 2011

DIAN

Antibiotik diperbuat daripada kulat

Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN

UMUM mengetahui ubat yang dikategorikan dalam kelas antibiotik mempunyai fungsi untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.

Namun tahukah anda antibiotik juga sebenarnya diperbuat daripada sumber biologi mikro organisma kulat yang melalui proses sintesis kimia.

Ia bertindak dengan cara menyediakan imunisasi untuk membunuh semua bakteria yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya.

Antara jenis antibiotik yang sering digunakan dalam bidang perubatan adalah seperti Penisilin dan Streptomisin.

Terdapat pelbagai jenis Penisilin di mana setiap satunya mempunyai fungsi khusus membunuh kuman tertentu.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat menggunakan Penisilin adalah seperti siflis, gonorea, antraks dan pneumonia.

Untuk Streptomisin pula, ia merupakan ubat antibiotik yang digunakan sebagai pestisid bagi melawan pembiakan alga dan fungus (kulat).

estidotmy

 
   
 

DIAN

 
 
Cara bersihkan telinga
 
 
Tip sihat... Teh Halia