MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jun 2011

DIAN

Bilakah anda merasai demam?

DEMAM atau nama saintifiknya hiperthermia akan berlaku apabila suhu badan seseorang menunjukkan peningkatan yang berbeza daripada biasa iaitu melebihi 37.5 darjah celsius.

Selain itu, kejadian demam biasanya akan diikuti dengan simptom seperti gelisah dan lemah, rasa menggigil serta hilang selera makan.

Ia merupakan suatu tindak balas imunisasi untuk menangani jangkitan bakteria dan virus. Demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 41.5 darjah celsius pula dikenali sebagai Hiperpyrexia.

Keadaan ini biasanya berpunca daripada sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin dan rebut thyroid.

Pada peringkat itu, individu terdedah kepada kesan sampingan yang besar dan serius seperti pendarahan otak atau lumpuh.

Untuk tujuan mengurangkan suhu, rawatan demam biasanya akan menggunakan penawar ubat yang dikenali sebagai ibuprofen.

estidotmy

 
   
 

DIAN

 
 
Cara bersihkan telinga
 
 
Tip sihat... Teh Halia