Mudah cetak
E-mel
24 Mei 2011
DIAN
Kepentingan jurutera awam dalam pembinaan
NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Selama ini, mungkin ada di antara kita yang keliru atau mungkin juga tidak jelas dengan tugas seorang jurutera awam. Sebenarnya, bidang tersebut mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan industri pembinaan dan pembangunan.
Peranannya amat penting dalam pembinaan struktur seperti bangunan, jambatan, lebuh raya, landasan keretapi, lapangan terbang, kerja-kerja hidraulik, sisitem aliran dan bermacam-macam lagi.
Melihat tugasan yang biasa dilakukan oleh seorang jurutera awam, mereka akan terlibat secara langsung dengan aktiviti merancang, mengurus dan menyelenggara sesebuah projek.
Di samping itu, mereka turut menyelia kerja-kerja komersial selain memastikan sesebuah projek diselesaikan dalam jangka masa yang telah diberi.
Bagi memastikan tugasan berjalan lancar, mereka perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah serta pengetahuan teknikal seperti kesesuaian lokasi, penggunaan bahan, kemudahan projek serta kos yang perlu dibelanjakan.
Ia sekali gus dapat membantu sesebuah projek boleh dilaksanakan dengan selamat tanpa sebarang masalah.
Tidak cukup dengan itu, jurutera awam juga perlu menjalankan kajian dan penyelidikan mereka sendiri dalam usaha mencipta kedah pembinaan yang lebih moden.
Kualiti dan kedah operasinya pula mestilah mengikut piawaian binaan serta mengutamakan penjagaan alam sekitar.
Bagi tujuan merealisasikan kesemua fungsi berkenaan, individu yang terlibat dengan kerja-kerja kejuruteraan awam mestilah mempunyai minat dan kecenderungan yang mendalam secara teknikal dan mekanikal.
Ia adalah bertujuan untuk membolehkan mereka berimaginasi dan berfikir secara kreatif ketika melaksanakan tugasan di lokasi.
Individu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang tersebut, terdapat banyak institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menawarkan khusus berkaitan.
Antaranya, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan banyak lagi.
Bagi universiti atau kolej swasta pula, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Inti College dan Kolej Ikram merupakan contoh terbaik.
Selain pendedahan secara teori dan praktikal, para pelajar akan diajar tentang kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan.
Keupayaan itu penting dalam usaha melahirkan seorang jurutera awam yang profesional dan terlatih.
syarat kemasukan am
diploma
STPM
SPM
Syarat am universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian sekurang-kurangnya dalam lima mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan.
ATAU lulus Sijil tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan
ATAU mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Prospek Kerjaya
Jurutera awam
Jurutera pembinaan bangunan
Jurutera lebuh raya
Jurutera geoteknik
Jurutera pembinaan jambatan
Jurutera pengairan
Jurutera hidraulik
Jurutera awam kumbahan dan sanitari.
Subjek Pengajian
Kemahiran informasi
Etika dan moral kerjaya jurutera
Pengurusan projek
Ekonomi dan kewangan kejuruteraan
Undang-undang kejuruteraan
Mekanik kejuruteraan
Lukisan kejuruteraan awam
Pengenalan kalkulus kejuruteraan
Material konkrit
Pengurusan keusahawan kejuruteraan
Analisis struktur
Pengurusan pembinaan
Matematik kejuruteraan awam
estidotmy