MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
foto hiasan
Mudah cetak
E-mel

31 Mei 2011

DIAN

John Sherperd. Barron

John Sherperd. Barron

ASRHRIQ FAHMY AHMAD

JOHN Sherperd-Barron sering mengeluarkan wang tunai daripada bank pada setiap hari Sabtu, namun pada satu hari dalam tahun 1965 bank yang sering dikunjungi telah tutup sejurus beliau sampai untuk tunaikan ceknya.

Dalam keadaan tergesa-gesa beliau terpaksa mencari alternatif lain untuk tunaikan cek tersebut.

Bermula daripada kejadian tersebut John mula memikirkan sesuatu bagi mengelakkan perkara tersebut berulang kembali.

Sambi berbaring di atas katil, beliau terfikir adalah lebih mudah jika seseorang itu dapat mengeluarkan duit mereka mereka pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

Jika sebuah mesin penjualan coklat automatik boleh dicipta adalah tidak mustahil mesin tersebut juga boleh diubahsuai untuk mengeluarkan duit.

Maka mulai saat tersebut tercetuslah era penggunaan mesin teller automatik (ATM) untuk mengeluarkan duit.

John Sherperd-Barron dilahirkan di India pada tahun 1925 ketika ibu bapanya yang berketurunan Scotland berada di sana untuk menguruskan perniagaan.

Beliau menerima pendidikan di Universiti Cambridge dan dilantik menjadi Pengarah Urusan De La Rue Instruments, sebuah syarikat pencetakan wang milik British.

Mesin ATM pertama diperkenalkan pada satu pesta di cawangan Bank Barclays di London pada 27 Jun 1967 dan seorang bintang terkenal British merupakan orang pertama yang membuat pengeluaran wang daripada mesin tersebut.

Namun pada ketika itu bintang tersebut hanya mengeluarkan wang kertas not 10 kerana pada ketika itu hanya wang kertas sedemikian sahaja yang boleh dikeluarkan oleh mesin tersebut.

Kini penggunaan mesin ATM telah menjadi satu perkara yang biasa di seluruh dunia. Apa yang pasti ia telah merubah corak urusan perbankan yang semakin mudah.

Pada 2007, John Sherperd-Barron telah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada Persatuan Perindustrian Mesin ATM.

Manakala pada tahun 2005 beliau telah mendahului senarai penerima kehormat dan menerima anugerah order of the British Empire sebagai pelopor kepada mesin ATM.

Info

 Lahir di Shillong, Assam, India.

 Berketurunan Scotland, ayah beliau Wilfred Sherperd-Barron merupakan Ketua Jurutera Suruhanjaya Pelabuhan Chittagong.

 Ketika Perang Dunia Kedua, beliau telah ditauliahkan dalam pasukan payung terjun Rejimen Payung Terjun Ringan Ke-159.

 Namun terdapat sedikit kontroversi apabila James Goodfellow memperkenalkan alternatif penggunaan mesin ATM melalui kad dan nombor pin.

Ringkasan hidup

 Anak lelakinya bernama Nicholas Sherperd-Barron yang bekerja sebagai profesor geometrik algebra di Universiti Cambridge.

 John Sherperd-Barron meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada 15 Mei 2010 kerana sakit tua di Hospital Raigmore.

estidotmy

 
   
 

DIAN

 
 
Cara bersihkan telinga
 
 
Tip sihat... Teh Halia