MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

3 Feb 2010

DIAN

Baju kalis peluru daripada tempurung

Dulu penggunaan pokok kelapa ini diwarisi secara turun-temurun, penggunaannya kini sudah berkembang dan semakin meningkat tarafnya seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Buktinya menerusi kejayaan pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan baju kalis peluru daripada tempurung kelapa. Dalam industri keselamatan ketika ini terutamanya di kalangan anggota tentera dan polis, baju kalis peluru bukanlah satu kemestian melainkan apabila mereka berdepan dengan situasi kecemasan.

Kebanyakan komponen baju kalis peluru itu diperbuat daripada material seperti besi dan seramik serta fiber polimerik yang dikenali sebagai kevlar menyebabkan ia lebih berat dan mahal.

Sebagai alternatif, pasukan penyelidikan menjalankan kajian ke atas tempurung kelapa bagi melihat kemampuan bahan tempatan itu terutamanya daripada sudut ketahanannya menerima impak yang tinggi seperti kelajuan sebutir peluru.

Menariknya, ia juga menawarkan kelebihan daripada aspek lain termasuk lebih ringan, selesa dan mudah dipakai dan paling penting menggunakan material yang mudah untuk diperoleh dan murah.

Kelebihan lain komponen kalis peluru daripada tempurung kelapa ini juga ialah ia mampu memperlahankan penyebaran haba panas daripada peluru ke bahagian badan.

Faktor ini amat penting kerana mereka yang terkena tembakan tidak perlu tergesa-gesa membuang komponen tersebut seperti yang perlu dilakukan sekiranya memakai baju kalis peluru biasa.

estidotmy

 
   
 

DIAN

 
 
Cara bersihkan telinga
 
 
Tip sihat... Teh Halia