Mudah cetak
E-mel

7 Okt 2010

Kehidupan liar dan pemandangan indah selubungi Freycinet

Fasa 2: Pengembaraan di Taman Negara Freycinet

Oleh
Adli Yashir Kuchit

TERLETAK di bahagian timur pulau Tasmania, Taman Negara Freycinet merupakan antara tarikan utama di pulau tersebut.

Setelah mengambil masa empat jam memandu dari Hobart, bandar utama tasmania, ketibaan kami ke kawasan semenanjung Freycinet di sambut cuaca sejuk mencecah 2 darjah celcius. Namun kesejukkan tubuh badan dihangatkan dengan keindahan pemandangan pergunungan Hazards yang kelihatan di pintu masuk taman tersebut.

Kemi sekeluarga sedang dalam perjalanan merentas Tasmania dengan van pandu sendiri. Taman Negara Freycinet merupakan destinasi pertama kami.

Para pengunjung dikenakan bayaran untuk memasuki taman tersebut namun terdapat potongan harga jika anda ingin mengunjungi taman-taman negara yang lain di Australia. Kami memilih pakej AUD$60 ($72) yang membenarkan kami masuk ke kesemua taman-taman negara di Tasmania untuk tempoh dua bulan.

Freycinet menawarkan pelbagai kegiatan untuk setiap lapisan masyarakat. Bagi yang lebih aktif, taman negara itu menawarkan kawasan pengembaraan yang luas. Mereka yang gemar berjalan kaki boleh memilih trek perjalanan yang singkat - mengambil masa sekitar 20 minit atau laluan lebih sukar memakan masa hingga tiga hari.

Untuk maklumat, para pejalan dikehendaki mendaftarkan diri di ruang masuk setiap trek atau laluan. Anda juga perlu membawa peralatan yang secukupnya seperti baju sejuk bekalan air dan makanan. Cuaca di Tasmania boleh cepat berubah sinaran mentari boleh digantikan dengan cuaca mendung dan tiupan angin hebat lagi menyejukkan.

Kami memilih laluan yang sederhana dari segi kesukarannya. Perjalanan selama sejam membawa kami ke atas gunung yang menawarkan pemandangan ke arah WineGlass Bay (lihat gambar di atas) - lokasi ikonik Tasmania.

Sementara di Freycinet kami juga tidak melepaskan peluang mengunjungi Sleepy Bay kawasan tepian laut yang dipenuhi bukit curam dan Honeymoon Bay sebuah kawasan pantai terpencil yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang amat idah.

Tasmania juga terkenal dengan kehidupan liarnya. Ketika menginap di Freycinet, kami sempat singgah di sebuah pekan kecil di Bicheno kira-kira 45 minit dengan van. Antara tarikan di Bicheno ialah menyaksikan kehidupan liar seperti koloni penguin liar yang pulang dari laut pada waktu sore untuk mencari sarang mereka di darat.

Dalam perjalanan pulang dari Bicheno ke hotel kami di Freycinet kami terpaksa memberhentikan kenderaan - terpaksa memberi laluan kepada seekor wombat yang sedang menyeberangi jalan sambil lewa.


 
   
 

CITRA

 
 
Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian
 
 
Chalo cari sari jejaki sejarah
 
 
Klik... Klik... & Jimat
 
 
Kembara Karavan Bidan Terjun