SEKALI imbas sudah cukup untuk membuat kami terpegun dengan reka bentuk kerata Audi A5 Sportback. Bagi anda yang giat mengikuti perkembangan pengeluaran model-model kereta Audi yang lalu pasti dapat menghargai keunikan kereta ini.
Jika dibandingkan dengan kerata Audi A5 Coupe yang pernah kami uji pandu tahun lalu kereta Audi A5 Sportback bagi kami lebih versatil. Sebab utamanya, kereta ini mempunyai lima pintu berbanding dengan Audi A5 Coupe yang hanya mempunyai dua pintu.
Namun dari segi reka bentuknya, ciri-ciri sports yang menjadi tunggak Audi A5 Coupe masih dikekalkan dalam model terbaru ini.
Kami bertuah diberi peluang menguji pandu Audi A5 Sportback dengan enjin 3.2 FSI Quattro dan 2.0 TFSI Quattro.
Kereta A5 Sportback 3.2 FSI Quattro mislanya dilengkapi dengan enjin V6 yang menggunakan minyak petrol, teknologi Quattro yang menawarkan pacuan semua roda dan transmissi S-tronic enam kelajuan.
Prestasi Audi A5 Sportback juga setanding dengan model-model lain dala kelasnya. Ia berupaya mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 6.6 saat. Kelajuan maksimumnya pula adalah 250 km sejam.
Sebaik sahaja kami memasuki kabin kereta ini, keluasannya ruang dalamnya jelas dapat dirasakan. Selain ruang untuk dua penumpang dewasa untuk duduk di bahagian belakang, uang butnya juga besar cukup untuk mengisi empat beg golf.
Kecantikan ruang dalam kereta ini amat kami hargai - dari kehalusan jahitan ke gabungan dua warna bagi tempat duduknya.
Pengalaman memandu kereta ini amat baik sekali. Keupayaan kereta ini menlalui sekoh sungguh memuaskan hasil teknologi Quattro yang membuat tayar kereta mencengkam jalan dengan baik.
Kelengkapan teknologi juga tidak ketinggalan. Audi A5 Sportback dilengkapkan dengan sistem Audi Multimedia Interface. Sistem ini mengawal penggunaan radio, simpanan media digital dan sistem navigasi GPS.