Mudah cetak
E-mel

26 Ogos 2011

Perkhemahan mewah di tepi pantai

Berkhemah di tepi pantai mungkin dikaitkan dengan mereka yang ingin berkelah atau memancing.

Namun di Resort Amanwana, di kepulauan Moyo, Indonesia, perkhemahan dijadikan satu pengalaman yang eksklusif, mewah lagi privet.

Pulau Moyo terletak 15 kilometer dari Pulau Sumbawa dan di berada di bahagian timur Pulau Bali.

Dikelilingi dengan air laut yang kebiruan dan rumpunan batu karang di lautan Flores, pulau yang sebesar 350 kilometer persegi itu juga diselubingi hutan tropika yang terpelihara.

Malah para tamu juga mungkin berpeluang melihat rusa Amanwana yang dibiarkan berkeliaran di sekitar resort tersebut.

Amanwana juga menyediakan penginapan berkanopi 'Ocean Tent' (US$800) yang terletak di kawasan yang terpencil di tepi pantai.

Para tamu juga boleh memilih 'Jungle Tent' (US$700) untuk 'berkhemah di dalam hutan'.

Bebeza dengan khemah-khemah yang sering anda lihat di tepi pantai, ruang dalaman khemah di Amanwana jauh lebih mewah dan luas. Ia dibina dengan dinding yang mampat, luaran yang kalis air dan siling dalaman diperbuat canvas.

Lebih menarik, khemah tersebut berhawa dingin. Ruang dalaman dialas kayu parket menawarkan katil king saiz yang dihias kelambu. Khemah penginapan juga siap dengan tingkap-tingkap besar agar tetamu dapat menghirup udara segar dan menikmati keindahan mentari yang sedang terbenam.

Amanwana juga menyediakan kemudahan resort seperti Jungle Cove spa, perpustakaan, butik, pavilon muzsik dan pelbagai pilihan restoran.

Bagi anda yang gemarkan kegiatan aktif, Amanwana menyediakan hampir segalanya - belayar di atas bot pesiaran, memancing atau menyelam di perairan sekitar Pulau Moyo.

Anda juga boleh mengikuti ekspedisi Amanwana Komodo selama tujuh malam ke pulau Rinca dan Pulau Komodo untuk melihat lagenda 'Naga Komodo'.

 
   
 

CITRA

 
 
Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian
 
 
Chalo cari sari jejaki sejarah
 
 
Klik... Klik... & Jimat
 
 
Kembara Karavan Bidan Terjun