MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

16 Jun 2007

LUAR NEGARA

'Tindakan Amani botakkan kepala haram'

KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, yang sanggup membotakkan kepala demi filem itu, tidak seharusnya dibanggakan.

Ini kerana tindakan itu hukumnya haram di sisi Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama ia boleh memberi kesan buruk kepada wanita Islam.

Pegawai Jawatankuasa Eksekutif Hal Ehwal Agama dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar.

'Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan ajaran Islam tidak sepatutnya dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi tuntutan watak dalam filem.

'Saya tidak layak dan tidak boleh menghukumnya tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi ikutan wanita Islam lain,' katanya.

Menurut Datuk Abdul Rahman, yang haram tetap haram dan perkara itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur.

Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain berhati-hati selain sentiasa mengambil berat pelbagai faktor, terutama membabitkan agama bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

Rabu lalu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid, dipetik berkata artis beragama Islam tidak sepatutnya membelakangkan hukum agama selain merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular. - Harian Metro.

 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Tak akan beli senjata dari Korea U
 
 
Indonesia timbang pertukaran banduan dengan negara lain
 
 
Pemimpin kanan Melayu DAP undur dari parti
 
 
Banduan Palestin di penjara Israel setuju akhiri mogok lapar
 
 
Kenderaan teknologi robotik baru Honda
 
 
Lady Gaga mungkin batal konsert di Indonesia
 
 
Pertempuran di Syria 'tempias' ke Lebanon
 
 
Sekilas Dunia
 
 
7 atau 8 Julai diramal tarikh pilihan raya
 
 
16 penternak rugi $123,000 dek ikan mati, disyaki diracun