MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Apr 2007

LUAR NEGARA

Lagi pekerja balak disambar buaya

LINGGA (Sri Aman): Seorang pekerja balak menjadi mangsa terbaru di sambar buaya ketika bekerja memperbaiki rel lokomotif pengangkut balak di tebing Sungai Sebu, Bakong, Lingga, di sini, pagi Rabu lalu.

Encik Abdul Hamid Othman, 17 tahun, pekerja Kem Pembalakan Sebu, terus hilang dilarikan buaya sepanjang enam meter ke dasar sungai itu, sambil diperhatikan lapan rakan lain dalam kejadian kira-kira 9 pagi.

Seorang rakan mangsa, Encik Isa Mahadi, 18 tahun, berkata dia dan mangsa bekerja membaiki rel lokomotif di tebing sungai itu.

'Tiba-tiba buaya timbul di permukaan air lalu menyambar mangsa yang berada di tebing sungai menyebabkan saya dan pekerja lain terperanjat lalu menyelamatkan diri.

'Buaya yang melarikan mangsa kemudian muncul semula tidak jauh dari tempat kejadian dan melambung mangsa yang masih hidup sebanyak dua kali.

'Mangsa yang berlumuran darah menjerit minta tolong sebelum dilarikan buaya ganas itu ke tebing sungai dan menghempas mangsa ke batang kayu, sebelum menghilangkan diri di dalam sungai,' katanya.

Encik Isa berkata mangsa baru 10 hari bekerja.

Serangan buaya itu adalah terbaru dalam tempoh dua minggu.

Dalam kejadian 18 April lalu, seorang pekerja balak, Encik Jemhari Hamdan, 24 tahun, dibaham buaya ketika mandi bersama beberapa rakannya, di Sungai Kulat, Miri. Mayat mangsa, hanya ditemui tiga hari kemudian. - BHM.

 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Maharaja Akihito jalani pemeriksaan jantung
 
 
Pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama
 
 
Bantahan sepanjang hari di Mesir
 
 
Sepanyol potong pampasan berhenti kerja
 
 
Keluarga nafi kepala milik mangsa
 
 
Lelaki pernah ancam Madonna diberkas
 
 
Hina Rasulullah: Malaysia digesa tidak usir wartawan