MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Ogos 2006

LUAR NEGARA

Hamid: OIC patut bekal senjata kepada Hezbollah

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar, semalam berkata negara-negara Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) patut membekalkan senjata kepada Hezbollah ketika masyarakat dunia marah dan kecewa dengan serangan Israel yang berterusan ke atas Lebanon.

Datuk Seri Syed Hamid berkata, Israel tidak boleh dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya meskipun sejauh ini ia telah bertindak begitu semasa menyerang Lebanon.

'Ada pihak yang menyarankan agar kita membekalkan senjata. Kita akan meneliti semua perkara ini,' kata Datuk Seri Syed Hamid sebagaimana ditukil agensi berita Bernama.

'Para pemerintah negara-negara (OIC) harus meneliti perkara ini dan kita tidak boleh membenarkan Israel berbuat sesuka hati,' kata beliau.

Beliau turut membidas resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang ditolak Lebanon, kerana ia tidak menuntut pengunduran segera askar Israel dari Lebanon. - AFP.

 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Bantahan sepanjang hari di Mesir