MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

23 Okt 2009

LUAR NEGARA

BUDAK DIDERA HINGGA MATI
Suspek gemar masukkan jari, barang keras dalam kemaluan mangsa

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Sudan yang disyaki membunuh seorang budak perempuan berusia tiga tahun minggu lalu dikesan gemar menggunakan jari dan objek keras untuk menderanya secara seksual bagi memenuhi kepuasan gilanya.

Siasatan polis mendapati mangsa, Allahyarhamha Alia Aiman, tidak, seperti yang disyaki, diperkosa. Sebaliknya dia disakiti dengan jari dan objek keras yang dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Difahamkan hasil siasatan mendapati kematian Allahyarhamha berpunca daripada kecederaan dalaman akibat suspek menggoncangnya dengan kuat. Deraan itu dikatakan menyebabkan Allahyarhamha parah selain lebam di muka dan bengkak kepala kerana disyaki dilakukan berulang kali.

Ketua Polis Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Sakaruddin Che Mood, ketika dihubungi kelmarin berkata lelaki itu dan seorang janda rakyat tempatan mungkin berdepan dengan tuduhan bunuh.

Keterangan telah diambil daripada pasangan itu, yang kedua-duanya berusia 24 tahun, dan kes tersebut disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

'Punca kematian pada mulanya cuba disembunyikan wanita terbabit dengan mendakwa anaknya menjadi mangsa dera pembantu rumah, namun siasatan polis mendapati dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah,' kata ACP Mohd Sakaruddin.

Menurutnya, lelaki itu masuk Malaysia menggunakan visa pelajar tetapi pemeriksaan mendapati dia tidak menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi di negara ini.

Pasangan itu ditahan reman hingga lusa bagi membantu siasatan, ujar beliau.

Akhbar Harian Metro kelmarin melaporkan wanita itu berbohong bahawa kanak-kanak tersebut didera pembantu rumahnya kerana mahu melindungi teman lelakinya itu. Namun, tembelangnya terbongkar apabila siasatan polis mendapati dia bersekongkol dengan warga asing itu dengan memberi keterangan meragukan.

Datuk Allahyarhamha, Encik Amran Mohd Said, 49 tahun, seorang pengawal keselamatan, berkata jenazah cucunya sudah dikebumikan 13 Oktober lalu.

'Kami sekeluarga gagal menghubungi bapa Alia kerana tiada nombor telefon dan tak tahu di mana dia berada sekarang,' katanya, yang mengunjungi rumah anaknya di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras, untuk menziarahi Allahyarhamha bulan lalu.

Menurut beliau, ketika itu Alia cuba mengadu tentang perasaan takutnya sambil menuding jari ke arah lelaki tersebut. -- Harian Metro.


 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Rayuan PM Pakistan atas tuduhan hina mahkamah ditolak
 
 
Australia tutup rumah penyembelihan di Sydney
 
 
Penghendap Madonna lari dari hospital psikiatri Los Angeles
 
 
Lagi 80 maut di Syria
 
 
Ikhwan minta tentera Mesir pecat pemerintah
 
 
Kajian: Puasa di samping kemoterapi lemahkan tumor
 
 
Tiga pengganas M'sia yang disyaki mati di Filipina mungkin masih hidup
 
 
DAP tikai hujah CEO firma berhak labur dana dalam bidang lain
 
 
Pakar: Lintah tidak sebar penyakit melalui rawatan bekam
 
 
Utusan khas PBB tiba di Maldives lerai konflik
 
 
Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis
 
 
'Jutawan' dadah wanita jadikan rumah makmal proses Ecstasy
 
 
Siti Nurhaliza tidak gentar guna senapang M16
 
 
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
 
 
Sekilas Dunia