MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2009

LUAR NEGARA

84 korban kebakaran hutan Australia

Jumlah kematian dijangka bertambah, 30 kebakaran belum dapat dikawal

SYDNEY: Angka kematian kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Australia melonjak kepada 84 orang semalam dan bilangan korban dijangka meningkat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Victoria, Encik Kieran Walshe, berkata ramai mangsa dipercayai terbunuh dalam kereta mereka ketika cuba melarikan diri daripada kebakaran yang sesetengahnya berpunca daripada perbuatan khianat.

Sebilangan besar mangsa terperangkap dalam kebakaran di kawasan barat laut Melbourne, tempat banyak pekan musnah dijilat api.

Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Rudd, berkata kebakaran terburuk dalam tempoh 30 tahun itu mengakibatkan kemusnahan besar di tenggara Australia.

'Penduduk Victoria didatangi neraka dengan segala kemusnahannya dalam tempoh 24 jam lalu. Seluruh negara berkabung bersama Victoria.

'Ramai orang yang dalam keadaan baik kini terkorban. Ramai lagi cedera,' kata Encik Rudd kepada wartawan selepas mengarahkan pengerahan unit-unit tentera untuk membantu 3,000 anggota bomba bagi mengawal kebakaran.

Beliau turut mengumumkan bantuan kecemasan segera sebanyak A$10 juta ($14.9 juta).

Angin kencang dan suhu yang mencecah 50 darjah Celsius memarakkan api yang telah memusnahkan ratusan rumah di kawasan luar bandar Victoria.

Saksi berkata mereka melihat pokok meletup dan hujan abu.

Para pegawai mengesahkan sekurang-kurangnya 640 rumah ranap dalam kebakaran kelmarin.

Sementara itu, pasukan bomba sedang berusaha juga mengawal kebakaran besar di negeri New South Wales, ke utara Victoria.

Sekurang-kurangnya dua kanakkanak antara mangsa yang disahkan maut, manakala 20 orang yang mengalami kebakaran teruk dimasukkan ke Hospital Alfred di Melbourne.

'Malangnya, kami yakin lebih banyak kematian akan berlaku,' kata Pesuruhjaya Polis Victoria, Cik Christine Nixon.

Awal dari itu, Encik Walshe menyuarakan kebimbangan bahawa angka kematian boleh meningkat apabila pasukan penyelamat memasuki zon bencana dan memulakan gerakan mencari mayat di celahcelah runtuhan.

'Pada peringkat awal ini, kami hanya dapat memasuki zon kebakaran dalam tempoh 12 dengan 15 jam lalu,' katanya.

Ribuan sukarelawan bomba yang keletihan masih berhempas pulas melawan kira-kira 30 kebakaran yang masih belum dapat dikawal.

Kebakaran hutan terburuk di Australia sebelum ini berlaku pada 1983, apabila 75 orang terkorban.

Penduduk bandar Victoria berkata api kebakaran menjulang setinggi empat tingkat dan marak secepat kereta api laju.

'Ia merebak secepat peluru. Mula-mula stesen minyak terbakar, kemudian kedai di seberang jalan, silinder meletup di kiri, kanan, tengah dan akhirnya 80 peratus daripada bandar hangus terbakar,' kata Encik Darren Webb-Johnson, seorang penduduk di bandar kecil Kinglake, kepada saluran televisyen Sky TV.

Saluran televisyen ABC pula menunjukkan gambar satu lagi bandar kecil, Marysville, yang semuanya hangus.

Dalam pada itu, beberapa penduduk yang selamat mula kembali ke kawasan perumahan masingmasing, dengan ada daripada mereka tidak dapat menahan sebak.

Di bandar Wandong, yang terletak sekitar 50 kilometer ke utara Melbourne, seorang penduduk berkata beliau telah menjumpai mayat seorang kawannya di dalam rumahnya yang telah hangus.

'Jika kami lambat 20 saat, saya juga pasti terkorban. Saya kehilangan anjing saya. Jiran sebelah rumah saya tidak sempat melarikan diri,' katanya. -- AFP, AP, Reuters.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Rayuan PM Pakistan atas tuduhan hina mahkamah ditolak
 
 
Australia tutup rumah penyembelihan di Sydney
 
 
Penghendap Madonna lari dari hospital psikiatri Los Angeles
 
 
Lagi 80 maut di Syria
 
 
Ikhwan minta tentera Mesir pecat pemerintah
 
 
Kajian: Puasa di samping kemoterapi lemahkan tumor
 
 
Tiga pengganas M'sia yang disyaki mati di Filipina mungkin masih hidup
 
 
DAP tikai hujah CEO firma berhak labur dana dalam bidang lain
 
 
Pakar: Lintah tidak sebar penyakit melalui rawatan bekam
 
 
Utusan khas PBB tiba di Maldives lerai konflik
 
 
Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis
 
 
'Jutawan' dadah wanita jadikan rumah makmal proses Ecstasy
 
 
Siti Nurhaliza tidak gentar guna senapang M16
 
 
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
 
 
Sekilas Dunia