MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

7 Jan 2009

LUAR NEGARA

Disebabkan cemburu, wanita bakar zakar suami hingga bawa maut

ADELAIDE: Seorang wanita rakyat Australia didakwa dengan pertuduhan membunuh selepas membakar zakar suaminya kerana menyangka lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Para pendakwa memberitahu Mahkamah Majistret Isnin lalu bahawa Rajini Narayan, 44 tahun, membuat pengakuan kepada jiran-jiran bahawa dia membakar suaminya pada 8 Disember 2008 selepas dia nampak suaminya memeluk seorang wanita lain.

Para pegawai berkata bahawa mangsa, Encik Satish Narayan, 47 tahun, seorang jurutera, sedang tidur di rumah dua tingkat milik mereka di Adelaide apabila isteri beliau menyimbah zakarnya dengan spirit dan membakarnya pada tarikh berkenaan.

Encik Satish melompat dari katil lalu melanggar botol spirit menyebabkan kebakaran merebak dan memusnahkan rumah mereka dan sebuah rumah jiran, demikian mahkamah diberitahu.

Kerugian ditaksirkan sekitar A$1 juta ($1.05 juta), lapor akhbar Adelaide Advertiser.

Bagaimanapun, Rajini dan tiga orang anaknya dapat menyelamatkan diri.

Rajini pada mulanya didakwa dengan pertuduhan membakar dan membahayakan nyawa, tetapi pertuduhan diubah kepada membunuh selepas Encik Satish, yang melecur 85 peratus daripada tubuhnya, meninggal dunia akibat kecederaan itu.

Pegawai pendakwa, Cik Lucy Boord, berkata Rajini memberitahu jiran-jiran bahawa dia seorang isteri yang terlalu cemburu, tetapi tidak bermaksud hendak membunuh suaminya.

'Saya cuma nak bakar zakarnya supaya ia jadi kepunyaan saya seorang, dan bukan milik orang lain. Saya tak mahu ia jadi begini,' kata Cik Boord menukil Rajini sebagai berkata.

Rajini kini ditahan reman sementara menunggu penilaian psikologi dan akan dihadapkan semula ke mahkamah Jumaat ini.

Dia didakwa dengan pertuduhan membunuh, membakar dan tiga pertuduhan membahayakan nyawa kerana tiga anak pasangan berkenaan berada di rumah ketika insiden berlaku. -- AP, AFP.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Barat kenakan tekanan terbaru ke atas Al-Assad
 
 
Ban gesa presiden Palestin usah henti rundingan dengan Israel
 
 
Jumlah korban capai hampir 390 orang
 
 
Penyelamat guna tangan, penyodok cari mangsa masih hidup
 
 
Perancis rasmi tanah kubur Islam
 
 
'Sapu' penumpang di bumbung gerabak
 
 
Tabung Haji perkemas pangkalan data
 
 
Najib gesa masyarakat India letak kepercayaan pada BN
 
 
PAS ulangi pendirian hentikan sambutan 'Hari Kekasih'
 
 
Pelajar ponteng diarah dikaunsel, baca Quran
 
 
Mohon maaf tersilap eja ucap selamat Thaipusam
 
 
Sekilas Dunia