MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

1 Dis 2008

LUAR NEGARA

Hillary dijangka dicalon Setiausaha Negara hari ini

ST. PAUL (Amerika Syarikat): Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, merancang mencalonkan Senator Hillary Clinton sebagai Setiausaha Negara hari ini.

Menurut pegawai Parti Demokrat, pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang akhbar di Chicago.

Bagi memberi laluan untuk isterinya memegang jawatan itu, Encik Bill Clinton telah bersetuju untuk mendedahkan nama setiap penderma kepada yayasannya sejak ia ditubuhkan pada 1997.

Beliau juga tidak akan menerima derma daripada pemerintah asing bagi persidangan kebajikan tahunannya, Clinton Global Initiative (CGI).

CGI juga tidak akan diadakan di luar negeri.

Sebelum ini, penglibatan Encik Clinton dalam perniagaan dan kegiatan kebajikan sejagat dikatakan boleh menjadi batu penghalang kepada pencalonan isterinya bagi jawatan Setiausaha Negara.

Pemilihan Cik Clinton bagi jawatan itu dilihat sebagai tanda muhibah yang luar biasa oleh Encik Obama, selang setahun kedua-dua mereka berentap untuk merebut tempat sebagai calon Presiden bagi Parti Demokrat.

Sebelum ini, mereka berkali-kali bertegang urat berkaitan isu ehwal luar negeri semasa kempen pemilihan awal.

Encik Obama juga pernah membidas Cik Clinton kerana beliau telah mengundi menyokong perang Iraq.

Cik Clinton pula pernah mendakwa Encik Obama kurang berpengalaman untuk menjadi Presiden.

Para penasihat Encik Obama berkata bakal Presiden itu telah membayangkan Cik Clinton sebagai diplomat kanannya sejak beberapa bulan lalu.

Encik Obama telah mengundang Cik Clinton ke Chicago untuk membincangkan tentang jawatan itu sejurus selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 4 November lalu. -- AP.


 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Rayuan PM Pakistan atas tuduhan hina mahkamah ditolak
 
 
Australia tutup rumah penyembelihan di Sydney
 
 
Penghendap Madonna lari dari hospital psikiatri Los Angeles
 
 
Lagi 80 maut di Syria
 
 
Ikhwan minta tentera Mesir pecat pemerintah
 
 
Kajian: Puasa di samping kemoterapi lemahkan tumor
 
 
Tiga pengganas M'sia yang disyaki mati di Filipina mungkin masih hidup
 
 
DAP tikai hujah CEO firma berhak labur dana dalam bidang lain
 
 
Pakar: Lintah tidak sebar penyakit melalui rawatan bekam
 
 
Utusan khas PBB tiba di Maldives lerai konflik
 
 
Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis
 
 
'Jutawan' dadah wanita jadikan rumah makmal proses Ecstasy
 
 
Siti Nurhaliza tidak gentar guna senapang M16
 
 
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
 
 
Sekilas Dunia