MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

1 Dis 2008

LUAR NEGARA

Banjir di Pantai Timur semakin buruk

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu bertambah buruk semalam manakala seorang pemuda lemas selepas dihanyutkan arus deras Sungai Sokor dekat Tanah Merah, Kelantan kelmarin.

Pemuda berusia 25 tahun itu dipercayai tergelincir ke dalam sungai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mayatnya ditemui semalam.

Di Terengganu, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi semalam meningkat kepada 3,484 orang berbanding 1,743 orang petang kelmarin.

Setakat ini, empat daerah di Terengganu terjejas oleh banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang.

Di Kelantan pula, sehingga 8 malam kelmarin, 2,475 mangsa dipindahkan di seluruh negeri.

Limpahan air sungai yang mendadak menyebabkan Kota Bharu dan Gua Musang turut terputus hubungan apabila Jalan Machang ke Kuala Krai dekat Sungai Durian ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam satu meter.

Ramai penduduk di Jajahan Jeli terkejut serta mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat kerosakan harta benda kerana tidak sempat menyelamatkan perkakas rumah mereka berikutan air banjir naik mendadak dalam tempoh sejam pagi kelmarin. -- BMM, Bernama.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Rayuan PM Pakistan atas tuduhan hina mahkamah ditolak
 
 
Australia tutup rumah penyembelihan di Sydney
 
 
Penghendap Madonna lari dari hospital psikiatri Los Angeles
 
 
Lagi 80 maut di Syria
 
 
Ikhwan minta tentera Mesir pecat pemerintah
 
 
Kajian: Puasa di samping kemoterapi lemahkan tumor
 
 
Tiga pengganas M'sia yang disyaki mati di Filipina mungkin masih hidup
 
 
DAP tikai hujah CEO firma berhak labur dana dalam bidang lain
 
 
Pakar: Lintah tidak sebar penyakit melalui rawatan bekam
 
 
Utusan khas PBB tiba di Maldives lerai konflik
 
 
Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis
 
 
'Jutawan' dadah wanita jadikan rumah makmal proses Ecstasy
 
 
Siti Nurhaliza tidak gentar guna senapang M16
 
 
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
 
 
Sekilas Dunia