MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

23 Sep 2008

LUAR NEGARA

Morgan Stanley beku rancangan bergabung dengan Wachovia

BANK pelaburan Amerika Syarikat, Morgan Stanley, telah membekukan rancangan untuk bergabung dengan bank Wachovia tetapi masih meneruskan perbincangan dengan China Investment Corporation (CIC) dari China, menurut sebuah laporan.

Laporan Financial Times (FT) dalam Internet semalam menyatakan ia telah membekukan rundingan untuk bergabung dengan Wachovia Corporation selepas statusnya diubah daripada sebuah bank pelaburan menjadi syarikat induk bank oleh Lembaga Simpanan Federal Amerika (Fed).

Morgan Stanley dilaporkan minggu lalu bahawa ia ingin meneroka usaha sama dengan sebuah bank lain untuk membantunya dalam krisis kewangan ini.

Dengan perubahan status itu, sumber akhbar menyatakan mereka tidak lagi berasa tertekan untuk mencapai usaha sama dengan Wachovia.

Morgan Stanley memulakan rundingan dengan Wachovia selepas harga sahamnya menjunam akibat ketidaktentuan kewangan minggu lalu.

Morgan Stanley dan Goldman Sachs, yang merupakan dua bank pelaburan terakhir di Wall Street, telah diberi kebenaran untuk menjadi syarikat induk bank oleh Fed kelmarin, lantas membolehkan mereka mendapat pinjaman daripada Fed.

Kedua bank itu menghadapi tekanan selepas keruntuhan Lehman Brothers dan pembelian Merrill Lynch oleh Bank of America.

Sumber-sumber menyatakan rundingan antara Morgan Stanley dengan Wachovia digantung bagi tempoh yang tidak dinyatakan.

Tetapi Morgan Stanley akan meneruskan perbincangan untuk menjual modal mereka kepada dana harta negara (SWF) China, CIC, menurut laporan itu.

Laporan akhbar menyatakan CIC boleh berakhir dengan perkongsian taruhan sebanyak 49 peratus dalam Morgan Stanley.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Maharaja Akihito jalani pemeriksaan jantung
 
 
Pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama
 
 
Bantahan sepanjang hari di Mesir
 
 
Sepanyol potong pampasan berhenti kerja
 
 
Keluarga nafi kepala milik mangsa
 
 
Lelaki pernah ancam Madonna diberkas
 
 
Hina Rasulullah: Malaysia digesa tidak usir wartawan