MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

4 Sep 2008

LUAR NEGARA

20 rakyat Pak maut diserang askar asing dari Afghanistan

WANA (Pakistan): Askar komando rakyat asing dari Afghanistan, disokong tiga helikopter penggempur, melancarkan serangan ke atas wilayah Pakistan semalam, menyebabkan 20 orang terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, menurut laporan semalam.

'Ini sudah melampau. Ia satu pencabulan langsung terhadap kedaulatan Pakistan. Rakyat Pakistan mahu angkatan tentera bangkit dan bertindak balas bagi mempertahan kedaulatan negara ini,' kata Gabenor Wilayah Perbatasan Barat Laut (NWFP), Encik Owais Ahmed Ghani.

Serangan itu sudah pasti mencetus kemarahan rakyat Pakistan sedang pemerintahnya mengalami krisis pucuk pimpinan.

Jurucakap pasukan Bersekutu, Leftenan Nathan Perry, berkata beliau tidak mempunyai maklumat untuk membuat sebarang ulasan.

Tetapi jurucakap askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menafikan mereka terlibat.

Para pegawai memberi keterangan bercanggah mengenai serangan di kampung Musa Nikow dekat Anggor Adda, di Waziristan Selatan, yang dikenali sebagai kubu militan Taleban dan Al-Qaeda.

Menteri Pertahanan Pakistan, Encik Ahmad Mukhtar, berkata rumah dekat sempadan dibedil pesawat Nato dan tiada askar darat.

Jurucakap tentera, Mejar Murad Khan, berkata mereka menerima laporan 15 orang mati dalam serangan itu. -- AP, AFP, Reuters.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Rayuan PM Pakistan atas tuduhan hina mahkamah ditolak
 
 
Australia tutup rumah penyembelihan di Sydney
 
 
Penghendap Madonna lari dari hospital psikiatri Los Angeles
 
 
Lagi 80 maut di Syria
 
 
Ikhwan minta tentera Mesir pecat pemerintah
 
 
Kajian: Puasa di samping kemoterapi lemahkan tumor
 
 
Tiga pengganas M'sia yang disyaki mati di Filipina mungkin masih hidup
 
 
DAP tikai hujah CEO firma berhak labur dana dalam bidang lain
 
 
Pakar: Lintah tidak sebar penyakit melalui rawatan bekam
 
 
Utusan khas PBB tiba di Maldives lerai konflik
 
 
Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis
 
 
'Jutawan' dadah wanita jadikan rumah makmal proses Ecstasy
 
 
Siti Nurhaliza tidak gentar guna senapang M16
 
 
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
 
 
Sekilas Dunia