MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

23 Ogo 2008

LUAR NEGARA

Tentera Russia undur dari Georgia

TBILISI: Russia akhirnya menamatkan konflik dengan Georgia apabila mengisytiharkan pengunduran tenteranya berkuatkuasa semalam.

Menteri Pertahanan Russia, Encik Anatoly Serdyukov, mengumumkan bahawa Russia akhirnya berundur selepas dua minggu kereta kebal dan askarnya bertahan di Ossetia Selatan apabila Georgia bertindak memasuki bekas wilayah Soviet itu.

'Atas arahan ketua tertinggi angkatan tentera pada Jumaat 6 pagi, semua tentera Russia akan keluar dari wilayah Georgia,' katanya yang dipetik agensi berita Interfax.

Menurut beliau, semua angkatan tentera Russia yang berada di Georgia akan keluar sepenuhnya hari ini.

Presiden Russia, Encik Dmitry Medvedev, sebelum ini berjanji lebih 500 askarnya akan diundurkan dari Georgia pada selewat-lewatnya hari ini.

Sementara itu, wartawan AFP di kawasan sempadan Russia-Georgia mendapati beberapa pasukan kecil tentera Russia mula meninggalkan Ossetia Selatan.

Di Washington, Bank Dunia berkata ia telah menghantar satu misi ke Georgia semalam bagi menilai kesan ekonomi ekoran peperangan itu.

Bank itu akan turut menubuhkan dana bagi membantu membayar kos pembangunan semula Georgia.

Awal dari itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, telah memberitahu Presiden Georgia, Encik Mikhail Saakashvili bahawa Amerika menuntut Russia supaya mematuhi perjanjian mengundurkan tenteranya di negara bekas Soviet itu.

Jurucakap Rumah Putih, Encik Gordon Johndroe, berkata perkara itu dinyatakan ketika Encik Saakashvili membuat panggilan telefon kepada Encik Bush bagi membincangkan keadaan terkini yang berlaku di Georgia, kelmarin. -- AFP, AP.



 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Karpal mohon hakim dilucut, bicara ditangguh
 
 
Enam rentung bila kereta terbakar selepas rempuh treler
 
 
Indonesia mahu Hambali dibicara dan dihukum
 
 
Berat sama dipikul
 
 
China tutup dua firma tenusu
 
 
Presiden wanita pertama bagi Costa Rica
 
 
Pyongyang ada 'pasukan sulit' bagi gagali Korea S
 
 
Lelaki Yaman dibebas penculik selatan Filipina
 
 
Lima korban letupan gas di loji kuasa Amerika
 
 
Sekilas - Malaysia
 
 
Sekilas - Dunia