MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

15 Ogo 2008

LUAR NEGARA

KRISIS RUSSIA-GEORGIA
Bush gesa Russia undurkan askar

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, semalam menggesa Russia supaya mengundurkan askarnya dari Georgia, sewaktu beliau mengutus Setiausaha Negara, Cik Condoleezza Rice, ke Georgia sebagai menunjukkan sokongan terhadap negara sekutunya yang pro-Barat itu.

'Amerika menyokong pemerintah demokrasi Georgia dan mahu kedaulatan dan keutuhan wilayah Georgia dihormati,' kata Encik Bush dalam kenyataan di Rumah Putih.

'Kami berharap semua askar Russia yang masuk ke Georgia berundur dari negara itu,' tegas beliau.

Kenyataan Encik Bush yang menyebelahi Georgia itu mencetus kemarahan Moscow.

'Kita tak perlu lagi bercakap mengenai keutuhan wilayah Georgia kerana saya yakin adalah mustahil memaksa Ossetia Selatan dan Abkhazia kembali semula di bawah pentadbiran Georgia,' kata Menteri Luar Russia, Encik Sergey Lavrov, semalam.

Presiden Russia, Encik Dmitry Medvedev, pula berkata Russia akan menyokong apa jua keputusan kumpulan pemisah Abkhazia dan Ossetia Selatan mengenai status masa depan wilayah mereka.

Sementara itu, seorang jurucakap Kementerian Luar Georgia, Cik Nato Chikovani, semalam berkata Russia belum berundur, malah menambah bilangan askarnya di Gori dan kembali semula ke pelabuhan Poti. -- AP, AFP, Reuters.


 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Karpal mohon hakim dilucut, bicara ditangguh
 
 
Enam rentung bila kereta terbakar selepas rempuh treler
 
 
Indonesia mahu Hambali dibicara dan dihukum
 
 
Berat sama dipikul
 
 
China tutup dua firma tenusu
 
 
Presiden wanita pertama bagi Costa Rica
 
 
Pyongyang ada 'pasukan sulit' bagi gagali Korea S
 
 
Lelaki Yaman dibebas penculik selatan Filipina
 
 
Lima korban letupan gas di loji kuasa Amerika
 
 
Sekilas - Malaysia
 
 
Sekilas - Dunia