MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jun 2008

LUAR NEGARA

Sydney kekal larang poligami

SYDNEY: Isu poligami mencetuskan perbahasan hangat di Australia dengan kerajaan menegaskan amalan itu perlu kekal dilarang, manakala pemimpin Islam berhujah poligami wujud dan perlu diiktiraf bagi memudahkan orang ramai dan melindungi hak mereka.

'Kerajaan tidak akan mengiktiraf poligami. Ia diharamkan dari segi undang-undang dan akan kekal begitu,' kata Peguam Negara, Encik Robert McLelland, seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran Australia.

Penekanan itu dibuat selepas tokoh kanan masyarakat Islam Australia mendesak supaya kerajaan mengubah undang-undang dan membenarkan poligami.

Presiden Persatuan Persahabatan Islam Australia, Encik Keysar Trad, berkata sudah tiba masanya Australia mengiktiraf poligami jika itu kehendak wanita.

'Kami, sebagai sebuah masyarakat akan bersetuju jika wanita secara sukarela bersedia dimadukan, memberi komitmen sepanjang hidup kepada lelaki yang ingin dikahwininya. Ia tidak sepatutnya ada masalah.

'Kita boleh mengiktiraf perniagaan yang mempunyai empat rakan kongsi. Mengapa tidak dengan hubungan sukarela di kalangan dewasa?' katanya.

Jurucakap Pusat Kebajikan Islam di Lakemba, Sydney, Sheikh Khalil Chami, juga menggesa kerajaan agar menghalalkan poligami.

'Mengapa tidak mengubah undang-undang,' katanya.

Pegawai Australia menegaskan poligami tidak dibolehkan atas alasan undang-undang dan budaya.

'Ia berdasarkan tradisi lama. Ia berdasarkan budaya komuniti kami dan poligami amat bertentangan dengan budaya dan undang-undang,' kata Encik McLelland.

Umat Islam membentuk 1.5 peratus daripada 20 juta penduduk negara kangaru itu. -- Agensi.


 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Maharaja Akihito jalani pemeriksaan jantung
 
 
Pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama
 
 
Bantahan sepanjang hari di Mesir
 
 
Sepanyol potong pampasan berhenti kerja
 
 
Keluarga nafi kepala milik mangsa
 
 
Lelaki pernah ancam Madonna diberkas
 
 
Hina Rasulullah: Malaysia digesa tidak usir wartawan