MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Mei 2008

LUAR NEGARA

Dipukul hingga mati dek tersilap orang

KUALA PERLIS: Seorang buruh mati dipukul sekumpulan 20 orang penduduk kampung di depan isteri dan lima anaknya kerana disangka mengintai anak perempuan jirannya di Kampung Belakang Kilang di sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, Encik Hatib Leman, 35 tahun, yang sedang menonton televisyen bersama isteri dan anak-anaknya di rumah, dikatakan diheret oleh kumpulan itu ke bangunan kedai berdekatan dan kemudian dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.

Isteri beliau, Cik Fazilah Muhammad, 31 tahun, yang baru sebulan melahirkan anak perempuan, turut dipukul apabila beliau cuba menyelamatkan suaminya.

Encik Hatib, yang cedera parah, termasuk patah beberapa tulang, meninggal dunia pada 3.45 pagi kelmarin.

Cik Fazilah berkata bahawa beliau menjerit dan merayu kumpulan itu supaya tidak memukul suaminya dan sebaliknya menyerahkan Encik Hatib kepada polis jika benar beliau melakukan kesalahan, tetapi rayuan tersebut tidak diendah.

Encik Hatib dituduh memanjat rumah jirannya itu untuk mengintai dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sehari sebelum itu.

'Dakwaan itu tidak benar kerana pada masa kejadian itu dikatakan berlaku, Hatib bersama saya dan anak-anak di rumah.

'Saya turut terdengar perbualan kumpulan lelaki yang memukul suami saya bahawa mereka tersalah orang.

'Malah, budak perempuan yang dibawa untuk membuat pengecaman selepas suami saya dipukul mengaku bahawa Hatib bukan orangnya.

'Saya kesal kerana mereka bertindak keterlaluan sehingga mengorbankan suami saya yang tidak berdosa,' kata Cik Fazilah.

Sementara itu, polis telah menahan enam orang lelaki dan sedang memburu beberapa lagi penduduk kampung yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. -- BHM.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Tak akan beli senjata dari Korea U
 
 
Indonesia timbang pertukaran banduan dengan negara lain
 
 
Pemimpin kanan Melayu DAP undur dari parti
 
 
Banduan Palestin di penjara Israel setuju akhiri mogok lapar
 
 
Kenderaan teknologi robotik baru Honda
 
 
Lady Gaga mungkin batal konsert di Indonesia
 
 
Pertempuran di Syria 'tempias' ke Lebanon
 
 
Sekilas Dunia
 
 
7 atau 8 Julai diramal tarikh pilihan raya
 
 
16 penternak rugi $123,000 dek ikan mati, disyaki diracun