MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

3 Mac 2008

LUAR NEGARA

Medvedev dijangka menang pilihan raya presiden Russia

MOSCOW: Rakyat Russia membuang undi untuk memilih presiden baru negara itu semalam.

Calon pilihan Presiden Vladimir Putin, Encik Dmitry Medvedev, dijangka memenangi pilihan raya itu yang menurut pengkritik tidak menampilkan pertandingan yang benar-benar sengit.

Pengundian bermula pagi semalam di pesisir pantai Pasifik sebelum bergerak ke barat sejauh 12,000 kilometer menuju ke Moscow, dan akhirnya ke wilayah Kaliningrad di Baltik.

Sehingga 109 juta pengundi yang berdaftar terlibat dalam pilihan raya itu, dengan keputusan paling awal di Kaliningrad, dekat Poland, sekitar 8 malam semalam (2 pagi dinihari tadi waktu Singapura).

Encik Medvedev, 42 tahun, berdepan dengan tiga pesaing, tetapi kemenangan beliau sudah dijangka menyusuli kempen yang menyaksikan stesen televisyen Russia memihak kepada bakal pengganti Encik Putin.

Tinjauan pendapat menunjukkan Encik Medvedev, yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ketua syarikat gas Gazprom, akan meraih 60 peratus undi.

Dua lawan utama Encik Medvedev ialah veteran komunis, Encik Gennady Zyuganov, 63 tahun, dan pemimpin nasionalis bersuara lantang, Encik Vladimir Zhirinovksy, 61 tahun.

Kedua-dua mereka diramalkan tidak bakal meraih lebih daripada 15 peratus undi.

'Semua ini sudah diatur lebih awal, secara automatik,' kata Cik Anna Vasiliyevna, 50 tahun, sewaktu beliau membuang undi di pusat bandar Moscow. -- AFP, Reuters.


 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Karpal mohon hakim dilucut, bicara ditangguh
 
 
Enam rentung bila kereta terbakar selepas rempuh treler
 
 
Indonesia mahu Hambali dibicara dan dihukum
 
 
Berat sama dipikul
 
 
China tutup dua firma tenusu
 
 
Presiden wanita pertama bagi Costa Rica
 
 
Pyongyang ada 'pasukan sulit' bagi gagali Korea S
 
 
Lelaki Yaman dibebas penculik selatan Filipina
 
 
Lima korban letupan gas di loji kuasa Amerika
 
 
Sekilas - Malaysia
 
 
Sekilas - Dunia