MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

26 Jan 2008

LUAR NEGARA

Mahkamah sahkan lelaki Cina sudah masuk Islam

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin memutuskan bahawa seorang warga emas yang meninggal dunia Ahad lalu adalah seorang mualaf Islam.

Dalam prosiding itu, Hakim Syarie Mohd Nadzri Abdul Rahman memutuskan demikian selepas mendengar permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang memohon mahkamah mengisytiharkan Encik Amir Gan Abdullah, 74 tahun, adalah seorang Islam.

Permohonan tersebut difailkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jains), Pendaftar Mualaf dan anak sulung lelaki itu, Encik Abdul Rahman Gan, 47 tahun, selaku plaintif.

Anggota keluarga si mati, yang bukan beragama Islam yang membantah pengebumian mengikut ajaran Islam, gagal hadir di mahkamah meskipun notis hadir ke mahkamah dikeluarkan Selasa lalu.

Menurut fakta kes, Encik Gan Eng Gor telah memeluk Islam pada 3 Julai 2007 di rumahnya dan menggunakan nama Amir Gan Abdullah.

Sementara itu, Encik Abdul Rahman mengucapkan syukur kerana segalanya kini selesai.

'Saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya akan menyegerakan urusan pengebumian jenazah ayah saya hari ini (kelmarin) selepas sudah lima hari berada di hospital,' katanya di sini kelmarin.

Katanya, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau menuntut dan menguruskan jenazah itu, yang sebelum ini terpaksa ditahan di bilik mayat Hospital Tunku Jaafar di sini, bagi mengelakkan pertelingkahan di antara adik-beradiknya sehingga mendapat pengesahan status agamanya.

Jenazah selamat dikebumikan tanpa sebarang kekecohan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini pada 6.30 petang kelmarin. -- Bernama.



 
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Maharaja Akihito jalani pemeriksaan jantung
 
 
Pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama
 
 
Bantahan sepanjang hari di Mesir
 
 
Sepanyol potong pampasan berhenti kerja
 
 
Keluarga nafi kepala milik mangsa
 
 
Lelaki pernah ancam Madonna diberkas
 
 
Hina Rasulullah: Malaysia digesa tidak usir wartawan