MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Jan 2009

KOMENTAR

Pulih keyakinan kredit untuk menjana pekerjaan

SEJAK krisis institusi kewangan Amerika Syarikat yang mencetuskan kemelesetan sedunia, sering tumpuan diberi pada erti 'kredit'. Seruan Perdana Menteri British, Encik Gordon Brown, agar institusi kewangan dihidupkan semula menerusi suntikan wang pembayar cukai (daripada pemerintah) telah diguna pakai di banyak negara, termasuk Singapura. Namun, seperti didedahkan oleh media Amerika sendiri, bank misalnya masih sukar meluncurkan pinjaman kerana sikap waspada - takut kerugian lagi. Akibatnya, suntikan wang pemerintah tidak kesampaian kepada syarikat yang mantap tetapi amat memerlukan kredit atau pinjaman demi membeli bahan mentah dan sebagainya.

Hal serupa juga dilaporkan berlaku di Singapura setelah pemerintah meluluskan pakej bernilai $2.3 bilion yang sekitar $600 juta digunakan untuk latihan kemahiran. Bank setempat yang dijadikan agensi penyaluran kredit tadi dikatakan masih bersikap amat waspada - serupa di Amerika. Akibatnya, sejumlah kecil saja syarikat setempat yang menikmati pakej ini.

Lantaran itu, timbul seruan agar sebuah agensi satu hentian dibentuk pemerintah demi memudahkan huluran kredit kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang diurus baik dan cuba menakat. Setakat ini, dewan-dewan perniagaan setempat sudah menampilkan pandangan mereka. Tentulah saranan mereka penting demi merancakkan semula ekonomi republik ini.

Singapura kian dinilai penting sebagai hab kewangan antarabangsa dan sering tindakan republik ini menjadi iktibar jagat. Oleh itu, Singapura perlu hemat dan gigih dalam melaksanakan pelbagai program merancakkan ekonomi dan mempersiap warganya. Untuk itu, keyakinan perlu menyerlah di sektor kewangan dalam membantu SME dan usahawan kita untuk mengharungi zaman mencabar ini. Memang benar Singapura amat bergantung pada rentak ekonomi jagat.

Namun, dengan daya kreatif tersendiri, Singapura boleh menyesuaikan dirinya untuk kembali teguh. Itulah sebabnya, keyakinan untuk pulih berada bukan saja di pihak pemerintah, malah di sektor kewangan yang perlu bersikap tabah di sebalik terjejas oleh kegagalan kredit.

 
   
 

KOMENTAR

 
 
Sikap Kita Terhadap Homoseksual