MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

2 Dis 2008

KOMENTAR

Detik penentuan di Thailand

KINI detik penentuan Thailand bak di tangan ketua tentera, Jeneral Anupong Paochinda.

Dengan tindakan melampau Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) mengepung dua lapangan terbang, Suvarnabhumi (penerbangan antarabangsa) dan Don Muang (penerbangan dalam negeri), Thailand bak dilumpuhkan sejak minggu lalu.

Kesannya amat besar ke atas industri pelancongannya, termasuk membatalkan sidang puncak Asean pada bulan ini.

Malah, media mendapati rakyat Thailand kian meluat dengan PAD.

Dan kini gerakan prokerajaan kian bangkit (berkemeja-T merah) mencabar gerakan PAD yang berpakaian kuning.

PAD pimpinan beberapa tokoh termasuk Chamlong Srimuang (mantan gabenor Bangkok) dan pemilik media, Sondhi Limthongkul, enggan bertolak ansur untuk menamatkan kepungan walaupun beberapa rundingan telah diadakan.

PAD seolah-olah memaksa Jeneral Anupong agar melancarkan rampasan kuasa dan sekali gus membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Sebaliknya, panglima itu mahukan Perdana Menteri Somchai Wongsawat membubarkan parlimen dan melantik kerajaan sementara bagi pilihan raya baru.

Sejak mula lagi PAD memang cuba menarik perhatian seluruh Thailand dengan beraksi di tengah ibu kota Bangkok dan kemudian mengepung kawasan bangunan pejabat kerajaan sehingga Encik Somchai terpaksa memindahkan pentadbirannya.

Sejak pulang dari sidang Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Lima, Encik Somchai perlu menegaskan kehendaknya ke atas tentera dan pasukan keselamatan. Ketua polis Thailand telah dipecatnya kerana gagal mengawal keadaan.

Jeneral Anupong dijangka memberikan jawapan muktamad - sama ada membantu kerajaan memulihkan keadaan di dua lapangan terbang atau sebaliknya.

Hakikatnya, tentera memang sejak rampasan kuasa 2006 yang mengguling perdana menteri Thaksin Shinawatra telah meluat terhadap konco-konconya.

Mentelah, Parti Kuasa Rakyat masih lagi mencerminkan pengaruh Thaksin yang terbukti rasuah oleh mahkamah agung Thailand.

Encik Somchai pula merupakan biras Encik Thaksin.

Parti Kuasa Rakyat memang mahu dilakukan perubahan pada pucuk pimpinan tentera. Namun setiap jenjang tentera menyokong Jeneral Anupong.

Satu lagi kemungkinan ialah pembangkang Parti Demokrat mengadakan tindakan memulaukan parlimen sehingga memaksa Encik Somchai membubarkan dewan rakyat.

 
   
 

KOMENTAR

 
 
Sikap Kita Terhadap Homoseksual