Lelaman Utama cyBerita
  • Sajian Berita
    • Muka Depan
    • Singapura
    • Dunia
    • Sukan
    • Gah!
    • Forum
    • Komentar
    • Ekoniaga
  • DuniaCyberita
  • Syiar
  • Isu
  • Citra
  • Vodcast
  • Waktu Solat
  • Promosi
  • Kenali Kami
  • Hubungi Kami
Muka Depan

Sukan Olimpik 2012: London bermandi cahaya

Lebih daripada sebilion peminat sukan merata dunia telah menonton upacara pembukaan Sukan Olimpik London menerusi kaca televisyen mereka. Ramai yang terpegun dengan kehadiran tujuh atlit belia yang muncul untuk menyalakan kawah api menenadakan permulaan temasya sukan tersebut.

Sebelum ini, hanya seorang atlit yang telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang lalu, dipilih untuk menyalakan kawah api di stadium. Tetapi kali ini, tujuh belia yang dilantik oleh juara-juara Olimpik Britain telah diberi tanggungjawab tersebut. Pemenang emas sukan mendayung, Steve Redgrave, telah berlari masuk ke dalam Stadium Olimpik di kawasan timur London itu dengan membawa obor Olimpik. Redgrave, yang telah merangkul emas sebanyak lima kali di peringkat Olimpik, kemudian memberi obor tersebut kepada atlit-atlit harapan Britain yang kemudian menyalakan beberapa obor. Obor-obor tersebut kemudian diangkat secara hydraulik ke kawah api. 

Sebaik sahaja ia dinyalakan, Permaisuri Elizabeth II mengumumkan pembukaan Sukan Olimpik 2012.

 

  • Mudah cetak
  • E-mel
Loading

VodCast Cyberita

  • Sesi foto Terai Melayu
  • Gilakan Fesyen 2.05 min
  • Harapan Setinggi Gunung 2:59min
 

Footer Menu

  • Hubungi Kami
  • Kenali Kami
  • Langgan BH/BM
  • Waktu Solat
  • Cuaca

Copyright© 2012 Singapore Press Holdings Ltd. Co. Regn No. 198402868E | Privacy Statement | Terms & Conditions