Lelaman Utama cyBerita
  • Sajian Berita
    • Muka Depan
    • Singapura
    • Dunia
    • Sukan
    • Gah!
    • Forum
    • Komentar
    • Ekoniaga
  • DuniaCyberita
  • Syiar
  • Isu
  • Citra
  • Vodcast
  • Waktu Solat
  • Promosi
  • Kenali Kami
  • Hubungi Kami
Muka Depan

Kemalangan udara Sukhoi Superjet 100

Pesawat Sukhoi Superjet 100, pesawat penumpang baru buatan Russia yang pertama sejak kejatuhan Soviet Union, hilang pada 9 Mei lalu kira-kira 64 kilometer ke selatan Jakarta. Bangkai pesawat yang membawa sekitar 45 penumpang ditemui bertaburan di rabung curam sebuah gunung ke selatan ibu kota Indonesia tempat ia terhempas ketika melakukan demonstrasi penerbangan. 

Kesemua mereka yang menaiki pesawat itu terkorban, sementara bangkai pesawat itu berkecai di kawasan hutan tebal yang mengelilingi gunung berkenaan.

Hubungan radio dengan pesawat itu terputus sekitar 0800 GMT kelmarin setelah ia terbang pada ketinggian 1,800 meter dekat Gunung Salak, yang setinggi 2,200 meter dari atas paras laut. Sebelum itu, pesawat itu telah mengadakan satu demonstrasi penerbangan sebelum kembali ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, di timur Jakarta.

Kabus tebal yang mengaburi pemandangan menyukarkan operasi mencari dan menyelamat dan pemindahan mayat mangsa nahas terpaksa ditangguhkan beberapa hari.

Pasukan pencari dan penyelamat yang mendaki lerengan gunung berapi yang curam itu menghadapi kesukaran mencari mayat-mayat mangsa nahas udara itu, manakala helikopter-helikopter yang digunakan mendapati sukar mendarat kerana adanya kabus tebal di situ. Sekeping gambar yang diambil daripada helikopter penyelamat yang menemui bangkai pesawat itu menunjukkan seolah-seolah pesawat itu terbang dan melanggar permukaan gunung.

  • Mudah cetak
  • E-mel
Loading

VodCast Cyberita

  • Sesi foto Terai Melayu
  • Gilakan Fesyen 2.05 min
  • Harapan Setinggi Gunung 2:59min
 

Footer Menu

  • Hubungi Kami
  • Kenali Kami
  • Langgan BH/BM
  • Waktu Solat
  • Cuaca

Copyright© 2012 Singapore Press Holdings Ltd. Co. Regn No. 198402868E | Privacy Statement | Terms & Conditions